Thursday, December 25, 2008

hatiku yg gusar bgai dkisar2..

hmmm...

result utk sem lpas agk mengecewakan..

Ya Allah hanya kau yg tau btapa gusar ht hmbaMU ini..

mskipun bibir msih blh mgukir snyum..tp bkn senym yg mngmbirakan..

Ya Allah..

bri daku kekuatan+lapgkan dadaku mnerima sgala ilmu+jauhi ak dri sifat2 yg keji+berkatilah dri hambaMu ini Ya Allah...

sayuuuuuuuuuuuuu

Friday, December 19, 2008

kebahagiaan abah adlah kebahagian kami juga=)

hooolllaa..

post nie aku wat khas wat abh tersyg...

syukur kpd Tuhan kerna dah memberi 1 nikmat yg sgt bsar wat abah hr nie..

bukan snang nak tgk abah gembira mcm hr nie...

hmmm,, kmi suma anak2 abah pun gmbra=)

ttg aper yer???????????

nie adalah rhsia n xbl bgtau kt owg len..

ckp la skadar utk berkongsi gmbra wif blog terchinta..

p/s wat abah :

hargai apa yg kta ada skrg nie n

cpt2 la g klinik utk x ray bdan abah..

takut melarat okieh!

luv u abah!

Wednesday, December 17, 2008

cinta bukan hanya pd sesama manusia

Cinta adalah fitrah kerana setiap orang dianugerahkan naluri untuk

menyayangi dan disayangi.

Bercinta bukanlah menjadi kesalahan asalkan mengikut batas yang telah

ditetapkan agama.

Cinta juga bukan hanya merangkumi cinta kita kpd sesama manusia, tapi

cinta terlalu luas takrifannya.

Cinta hamba kepada Tuhan.
 Cinta Nabi dan Umat.
 Cinta ibu bapa dan anak.
 Cinta majikan dan pekerja.
 Cinta guru dan murid.
 Cinta antara lelaki dan perempuan.


Dalam erti kata lain, cinta adalah perkongsian kegembiraan, dan penderitaan, menurut kemuliaan hati, kasih sayang dan rasa hormat kepada orang yang dicintai dengan sepenuh perasaan, jiwa dan raga. Nabi Muhammad s.a.w adalah contoh terbaik dalam menumpah cinta dan kasih sayangnya kepada umat manusia seperti yang dinyatakan dalam surah at-Taubah ayat 128 :

“sungguh, telah datang kepadamu seorang Rasul dari kalanganmu sendiri. Ia sedih dengan penderitaanmu, sangat menginginkan keimanan dan keselamatanmu. Ia sangat menyantun, sangat penyayang”

Thursday, December 11, 2008

“dan segala sesuatu yang kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati kebesaran Allah”



Cinta itu kuasa luar biasa kerana mampu membuat seseorang melakukan sesuatu yang tidak terfikir oleh akal. Sappo dalam bahasa Yunani sanggup terjun dari puncak karang yang tinggi kerana berat menanggung rindu cinta. Rama yang sanggup berkorban apa saja demi Sita. Shah Jehan membina Taj Mahal sebagai bukti cinta kepada isterinya, Kisah Laila dan Majnun serata Romeo dan Juliet.........!!!

W.A.N.I.T.A C.I.P.T.A.A.N I.S.T.I.M.E.W.A





i. Kecantikan seorang wanita ialah teletak pada sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak pada sejauh mana ia dapat menahan (menjaga marahnya).

ii. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

iii. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannnya.

iv. Wanita menghadapi banyak permasalahan, sebagaimana diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

v. Mata yang paling indah tetapi harus juga diwaspada adalah mata kaum wanita.

vi. Yang diinginkan seorang gadis di dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segalanya.

vii. Kecantikan wanita itu tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

viii. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.

ix. Kebijaksanaan wanita terletak dalam hatinya.

x. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi oleh orang lelaki tetapi sebagai sumber kebahgiaan seorang suami.

xi. Sesungguhnya tiada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

xii. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan memebenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

"Pesanan buat mereka yg bergelar lelaki"

Imam Ghazali pernah menyatakan bahawa : “ Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwin yang hadaqah, yang barakah dan yang syadaqah”.

Wanita Ananah : banyak mengeluh dan engadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah : suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan “aku buat ini keranamu”

Wanita Hananah : menyataka kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Barakah : ada 2 makna, pertama yang sepanjang harinya mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

Wanita Syadaqah : banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Tuesday, December 9, 2008

keranamu Chek mOon...................


kerana kmu chek moon..

aku xpat tdor lena...

hampir sparuh kwsan tdor kau kuasai....

huhuhuuu...nper la chek moon nieh besooo...

hmmm,,chek moon;;chek moon..

Sunday, December 7, 2008

salam aidiladha 10 Zulhijjah 1429..


assalamualaikum......
aidiladha datg lagi...
rayer lg ...rayer lg...n trus rayer...
heheehe..
nampaknyer rmai yg dah bersiap sedia tok turt smer menyempurnakan upacara korban..
hrmmm,, kpd mreka yg b'kenaan,, b'htlah2 swaaktu memotg daging...
jgn nanti daging sndri pla yg terpotg...heheheheee
sdang sibuk menyiapkan persiapan hr rya korban,,
aku skeluarga mnerima brita sedih...
sehari sebelum umat islam sedunia meraikan hari rya haji,,
Allah telah menetapkn perginya "nenek chalus" utk meninggalkan kami smua
al-fatihah..

nampknyer,,smakin kurglah nenek2 ku yg terchinta..
tp aku tetp redha dgn pemergiannya...
stelah lmer menanggung sakit dan terlantar di katil..
akhirnya dia pergi juga...

tp itu bukan penghalang utk kita tetap meraikan hr rya korban ini...
bla terdengar takbir rya...
hati mesti trasa sayu..
yg pasti,,aku tetap merindui mereka yg telah tiada...

Wednesday, December 3, 2008

kenanganku



walaupun mukaku masih lg begini,,,
kerana serangan chicken pop..
but im still enjoyed my birthday

Tuesday, December 2, 2008

HAPPY HOLIDAY.....!

Assalamualaikum smua...
akihrnya stelah lma ku nanti2,,,,ternet kat umah nie dah blh wat connection smula...
first of all,,thanksz to "pak cik tm"..heheheehee

slmat bercuti utk smua...=)
mcm maner cti nie? sronok tak????
mesti rmai yg ambil pluang utk bkerja kan?
actually,,mula2 aku pun memg rancang nak keja, tp ada halangan plak..
xpelah, mungkin blm ada peluang...

ctie nieh,,sgt2 m'bosankan bg aku...
pnat yg amat wlaupun sbnarnya aku x bkerja....hehehe
agak2nyer,,,apa yg pnat tue kan??????????????

huhuhu...spanjang cti nieh,aku didera oleh ibuku utk menguruskan sgala kerja memasak...

aduhai,,keja yg pling susah bg aku...
oklah,,mls nk cter panjang..

agak2nyer...esok nak msak aper yer??????
hmmmmm,,,kpd ibu t'syg,,tlg la msak plak..
aku dan intan da lmer xmakan mak masak...

huaaaaaaaaaa..............................................................
!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, October 5, 2008

sALaM aiDiLfiTRi=)




Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
syukur alhamdulillah,,dengan izinNya dpt kta smua menyambut hr kemengangan tanda sebulan b'puasa..

sebelum itu,,ana menyusun 10 jari memohon 1000 kemaafan kepada sesiapa sahaja yg mengenali diri ana.. Andai terdapt salah n silap yg p'nah ana lakukan...

beberapa hr menjelang hr rya,,Allah menghntar ujian yg agak berat pd family ana..allahuakbar... Abah ana terlibat dengan satu kemalangn.. setinggi2 kesyukuran ana panjatkan pdNYA kerana masih syg pd abah.. ana jga mash diberi kesempatan utk memohon keampunan pd abah dan mengucapkan ribuan terima kasih pdnya kerana tlah membesarkan ana dan adik2 ana yg lain.. tanpa abah n mak,,siapalah ana di dunia ini...

itulah kali pertama ana rasakan betapa sayunya menyambut hr lebaran...
bersalaman dan memohon kemaafan dr mak n abah seperti biasa,,tgn tua itu yg telah berusaha mencari rezeki....terima kasih abah...

untuk abah,,SELAMAT HR RAYA N MAAFKAN KESALAHAN YG MANJA DAH LAKUKAN..
MANJA SYG ABAH=)

Friday, September 19, 2008

nilai kasihmu ibu



Sempena bulan ramadhan yg sememangnya adalah bulan untuk kita memperbanyakkan muhasabah diri,,
Kita teliti cerita ini.
Ini adalah mengenai Nilai kasih Ibu
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk
menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan
sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera
mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang
dihulurkan oleh sianak lalu membacanya.


Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak
sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya.
Si ibu
mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang
kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian & keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang
dituliskan oleh si ibu.
Si anak menatap wajah
ibu, memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu".

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah
Dibayar" pada mukasurat yang ditulisnya.


Ingat lagu di RTM? - Who's next? My mother! Who's
next? My Mother!

Ibu,,nilai kasihmu hingga hujung nyawaku=)
Manja sayang mak!!!

MOHON MAAF




> Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan:
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.
Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya telah berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang disengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa ..
> SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA,,(^o^)

Saturday, August 30, 2008

satu kenangan yang indah


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....


Alhamdulillah dengan izinNya dapat juga aku bersama2 family tersayang blik ke kg 2 hari yg lpas....


best yg teramat laa...walaupun wan dah xda,,tapi suasana kampung tu tak pernah berubah,,mgkin sebab wan sakit dan jarang ada bersama ngan kami..


Tujuan aku ngan family blik kg kali ni coz mak su dan yg lain2 wat kenduri untuk arwah wan yg dah genap 1 lebih meninggalkan kami smua...


Rindu juga aku kat wan=)hehehee....


Aku ngan adik aku yg intan tuh,,,bz gler arr kat sana.. Aper taknyer,,sdara kat sna tak ramai,,harapkan kami jer untuk membantu...


Walaupun aku tak tau masak,,wat sumbangan tok sediakan bahan masakan pun jadilah..kahkahkah...


Ngah aku ngan intan bekkkk puner dok lepak kat atas buayan(betul ker ejaan nih?bantai jelah),,,dtg la mak cik aku yg dah aku tgk cam KETUA PENGARAH KENDURI kat sna,,,kih kih kih...jgn marah maklong=) peace!!!


Tak pasal aku kna perah santan!!!! tu la,,,org suh aku masak aku tak tau,,perah santan jelah.. Nie da kira second time la aku wat kerja nih... Susah tahap cipan arr.... Sakit tangan aku,,cam da nak tercabut,,,..


Akhirnya sambil pot pet2 dan makan aiskrim seposen tuh...siap jugak kerja aku.. Dapat la sebaldi santan... Berjaya jugak=)


Habis jer,,aku terus ajak adik aku blah g umah wan teh..haaa,,kalo nak tau, wan teh nie kira sdara bau2 bachang jer ngan aku.. tapi dri kecik memg favourite aku g umah wan teh.. (ska mintak buah koko..mmmm, sedapnyer...)


Tp sygnyer,,wan teh lak xer.. Hampa toi.. Bak kata to teh,,wan teh g tolong kwn dier wat bekam... Ntah2 wan teh yg bersalin..hahahaahaaaa


Kenduri tue sangat2 menyeronokkan.. maklum jelah,,wat waktu malam.. Ngan lauk2 yang agak mantap malam tuh...


Sementara org dok bertahlil,,aku ngan intan dok kat luar kemas2..tbe2 cam ada lembaga jer kat dlm gelap tuh,, punyerlah suspen aku.... JENG JENG JENG!!!


Nak tau saper tuh???


Wan teh daaa.......lupiksnyer wan teh... Akhirnya dapat gak aku jumpa wan teh. Terkabul hajat di hati=)


Sebelum blik,,sempat aku jengah2 sepupu aku yg geng ngan aku waktu kecik dlu... Tapi da x beshh r, da malu2 kucing ngan aku.


k la,,tok tatapan sumer.. Nie la wan teh yg comei tuh!!!

Saturday, August 23, 2008

Tangisan Dan Air mata..


Tiada siapa yg ingin menitiskan air mata tanpa sebab..
Apa yg aku rasa kini hanyalah kepedihan yg sgt2 menguji keimananku..
Seandainya aku diberi pilihan untuk memilih antara tangisan dan air mata..
Sudah semestinya aku memilih tangisan..
Biarlah aku menangis,,tp tidak sekali aku akn titiskan air mata yang bg aku bermakna aku seorang yang kalah dan lemah untuk menguasai diri aku sendiri..
Ya ALLAH... Andai cubaan ini sgt2 berat buatku...
Kuatkan imanku untuk menghadapi dugaanMu..
Akan aku redupkanmataku...
biarlah gelap duniaku buat seketika,,,
Jangan sesiapa nampak setitis air mata mengalir dari pipiku..
Biarlah mereka kata aku egois,,tp bg aku...
Tangisan dan air mata ini hanya aku yg tahu...
Disebalik tangisan dan air mata,,
Ada cerita yg tersembunyi...
Tiada siapa yang tahu..
Tiada siapa yg mengerti...
Hanyaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaakkkkuuuuuuuuuu=(

Wednesday, August 20, 2008

just simple video

Seorang pak long

salamualaik..
hmm...sedang owg2 dewasa yg lain sibuk wat persiapan untuk kenduri esok,,sempat pulak aku curi sedikit masa untuk menambah2 sedikit info kat blog aku nie=) sebenarnya,,kenduri nie hanya untuk kenduri menyambut bulan Ramadhan yang mulia dan bakal menjelang tak lama lg..samping tue plak kenduri nie khas buat arwah nenda dan datukkda terchinta...

ok la...sebenarnya aku nak kongsi ckit citer pasal keadaan kat rumah aku skrg nie,,hehehe..bising betul mulut makcik2 yg hadir ptg nie untuk proses mengopik bawang dan mereka juga turut memproses ketupat..hahahaa,,,kelakar diorg nih,,,

sedang asyik dok bersembang ngan owg2 dewasa nih,,, tbe2 ad sowg jiran aku nih yang agak kesian laa,,,aku gelarkan dia sebagai pak long..paklong nieh suami kpd maklong...hehehee...xkan maklang plak kan...

aku x pasti ngan penyakit dia,,tp keadaan dia skrg seakan2 budak2 yg tak tau paper..bila dia jumpa budak kecik jer,,,dia jerit2 pastu dia agkat2 budak tu..sebab tu bdk2 takut nak lalu depan dia..

keaadaan paklong memang sgt2 kesian...yg kelakarnya kan,,tiap kali dia jumpa aku ngan adik2 aku yg lain,,dia mesti mintak rm1..ayat dia cm ni..."tanya ckit blh tak,,,mintak singgit haaa..aku nak g jalan2..." pastu panjang lebar lg dia cter pasal tambang nak g jalan tuh bper laaa,,,,pastu ada satu hr,,aku ngan adik2 aku ngah kemas2 batu konkrit kat luar umah aku..tbe2 paklong pun datang,,,aku malas nak layan, aku pun suh la adik aku bg dia duit suh dia blik..adik aku pun dengan penuh kesengalannya bg paklong duit 30 sen!!!!

biasa la kan,,owg tak keja mane ada banyak duit...pastu paklong kata cam nih.."alaa 30 posen xnaak,,nak rm1...30 posen xlpas nak g masjid tanah.nah,,amik balik duit kau"..

huh,,berasap telinga aku dengar....eh,,mak pgil la,,t aku smbg cter nih yer...

to be continue...

salam ramadhan buat semua..bulan Ramadhan Yg penuh Barakah




Khas buat semua sahabat-sahabat seperjuangan di KTIAM,,, selamat menyambut Ramadhan yang mulia..


Marilah kita beramai2 mengimarahkan ramadhan ini dan memperbanyakkan amal ibadat..


hayatilah ramadhan ini sebaik-baiknya., manalah tahu tiada lagi ramadhan buat kita nanti...

Tuesday, August 19, 2008

Semalam vs Kelmarin


A : Semalam aku nampak kau dengan awek aku kat sinepleks.

B : Betul ke keu nampak?

A : Betul. Aku nak tegur, tapi engkau berdua jalan laju sangat dan masuk Teater 2, aku masuk Teater 3.

B : Tapi semalam aku tak pergi tengok wayang, aku tidur aje di rumah.

A : Sahihlah. Aku cam awek kau tu. Dia pandang kat aku. Engkau masa tu pandang ke lain. Memanglah aku tak nampak mukma engkaudan orang pula ramai, tapi aku cam awek kau tu..

B : Betul ker? Tapi semalam aku memang tak keluar rumah.

A : Habis awek kau tu keluar dengan orang lain ker?

B : Ini yang aku hangin nih! Siang dah tengok wayang dengan aku, malam pergi lagi dengan budak lain.

A : Malam tadi dia pergi lagi?

B : Eh, tadi kau juga yang kata jumpa dia semalam?!

A : Memang aku jumpa dia semalam. Tapi siang, bukan malam.

B : Ooo.., kelmarin. Kalau kelmarin memang aku ada keluar dengan dia.

A : (Dalam hati) Apalah dia ni, orang kata semalam dia kata kelmarin.



sedikit informasi : Bagi dialek utara dan Kelantan, semalam bermaksud malam tadi dan kelmarin adalah hari sebelum hari ini. Bagi tempat-tempat lain, semalam bermaksud sehari sebelum hari ini dan kelamarin beraksud dua hari yang lalu=)


khusus buat sahabat-sahabatku yang bergelar muslimah...
Jadilah seperti mawar berduri..
cantik bila dipandang..tapi sukar untuk dipetik...
warnanya yg memikat hati..tapi bahaya,,pastikan tercedera tangan si pencuri jika dicuri...

Thursday, August 14, 2008

Aku Bahagia Menjadi Seorang Muslimah


alahai Menantuku...

pak kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. suatu hari datang la seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim. beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat. setelah 3 hari berkahwin.. seman masih duk kat umah mentuanya. setelah azan maghrib berkumandang..pak kasim mengajak seman utk solat maghrib berjamaah. seman gelabah.. sebelum ini dia tak pernah solat. lalu seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. "yang.. camner ni.. abg tak penah solat ni" "takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat" isterinya berbisik perlahan.. seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim. setelah pak kasim takbir.. seman ikut takbir...lalu pak kasim membaca surah alfatihah.. "bismillahirrahmanirrahim..." seman pun turut membaca bismillah dengan lantang... "bismillahirrahmanirrahim..." aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut? setahu aku imam je yg baca kuat.. getus hati pak kasim.. pak kasim buat selamba. dia terus membaca surah al-fatihah. seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji. pak kasim pelik.. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat seman. seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah pak kasim. "ish! gila ke menantu aku ni??" pak kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari seman. seman turut berjalan ke depan mengikut langkah pak kasim. pak kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya. seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi sawah. tiba-tiba pak kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir. pak kasim pun terus bertanya kepada seman. "seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?" "ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau. sampai kena berlari.."


hahaha=)

Aku Ingin Beli Masa Ayah

Seperti biasa Harith, ketua jabatan di sebuah perusahaan swasta terkemuka tiba di rumahnya pada pukul 11 malam.Tidak seperti biasanya, Hadi, putera pertamanya yang baru belajar di tahun dua membuka pintu. Hadi nampaknya sudah menunggu cukup lama.
”Eh, kenapa belum tidur lagi?” sapa Harith sambil mencium anaknya. Biasanya Hadi memang sudah lelap ketika dia pulang dan baru terjaga ketika dia berangkat ke pejabatnya pada pagi hari.
Sambil mengekori ayahnya menuju ke ruang tamu, Hadi menjawab, “Hadi tunggu ayah pulang sebab Hadi mahu Tanya berapa gaji ayah?” “Gaji ayah? Ini mesti mahu minta duit lagi kan?” “taklah ayah. Saja Hadi mahu tahu ”. ”Ok, Hadi boleh hitung sendiri. Setiap hari ayah bekerja lebih kurang 10 jam dan dibayar RM 400. Setiap bulan ayah bekerja selama 25 hari, jadi gaji ayah dalam sebulan berapa?”
Hadi berlari sambil mengambil kertas dan penselnya dari meja belajar. ”Kalau satu hari ayah dibayar RM400 untuk 10 jam, beerti satu jam ayah menerima gaji RM40,” katanya. ”Pandai anak ayah. Sudah, sekarang cuci dan kaki masuk tidur, ” perintah Harith. Tetapi Hadi tidak berganjak. Hadi kembali bertanya, ayah boleh tak kalau Hadi nak pinjam duit ayah RM10?” ”Buat apa minta duit malam-malam macam ni? Janganlah macam ni, Hadi pergi tidur. Ayah sudah penat ni. Ayah nak mandi, lepas tu ayah nak tidur, esok ayah nak kerja lagi. Hadi pun pergi tidur ye. Esok nak sekolah.” ”Tapi ayah.........” Kesabaran Harith sampai ke kemuncak.
”Ayah kata tidur!” herdiknya mengejutkan Hadi. Anak kecil itu pun berlari menuju ke kamarnya. Usah mandi, Harith diburu rasa menyesal. Sebelum tidur, dia menjenguk bilik tidur Hadi. Anak kesayangannya itu sedang menangis. Di tangannya ada wang kertas RM10. Harith menghampiri si anak dan baring di sisinya sambil berkata, “Maafkan ayah nak. Ayah sayangkan Hadi. Tapi buat apa Hadi minta duit malam-malam begini? Kalau mahu beli mainan, esokkan boleh.jangankan RM10, lebih dari itu pun ayah boleh bagi. ”
”Ayah, Hadi bukan minta duit ayah,Hadi cuma nak pinjam je. Nanti bila tabung Hadi dah cukup, Hadi bayarlah balik dekat ayah.” Iyalah, tapiyang tulus ikhlas tu jauh lebih berharga bagi anak-anak jika dibandingkan dengan barang-barang mainan, telefon bimbit, atau yang lain-lain lagi.
”Habis tu Hadi ank buat apa dengan duit tu?” Tanya Harith lembut. “Hadi tunggu ayah dari pukul 8 lagi. Hadi nak ajak ayah main ular tangga. Tiga puluh minit jer. Ibu selalu cakap masa ayah berharga. Jadi Hadi mahu beli waktu ayah. Hadi buka tabung tapi ada RM10 je. Tapi sebab ayah cakap satu jam ayah dibayar RM40, kalau setengah jam RM20. Duit tabung Hadi kurang RM10. Hadi nak pinjam daripada ayah,” kata Hadi polos. Harith terdiam. Dia kehilangan kata-kata. Dipeluknya anak kecil itu erat-erat.

p/s: kasih sayang
begitulah...betapa saat ini ramai anak-anak yang merindukan saat-saat untuk meluangkan masa bersama dengan ibu bapa..kasih sayang lebih bernilai dari segalanya..

SENYUM SEJENAK=)

CERITA TENTANG SURAT

Tiga orang suri rumah tangga sedang berbual tentang anak masing-masing. Kebetulan anak-anak mereka semua bersekolah di sekolah asrama penuh.
”Anak saya tu, setiap kali kirim surat, hampir separuh daripada isi surat itu dia tulis tentang rindu sayalah, teringatkan keluargalah, teringatkan rumah dan macam-macam lagi,” kata suri rumah yang pertama.
”Aanak saya lagi hebat. Setiap kali dia kirim surat, kalau surat itu empat helai, dua helai surat sudah tentu dia akan bercerita tentang seronoknya tinggal di asrama tu, ” kata suri rumah yang kedua.
”Kalau macam tu,anak saya lagi hebat,” kata suir rumah yang ke tiga. ”Setiap kali anak saya tu menulis surat, dari awal sampai akhir dia pasti akan mengingatkan saya agar jangan lupa kirimkan duit untuknya!!”=)

Thursday, August 7, 2008

dari sahabat untuk sahabat...

hAri nie,,aku daapat satu berita yang gembira,,tapi dalam masa yang sama aku jugak sedih..huhuhuu...nak nangis jerk. secara tak sengaja hari nie aku dapat tau salah seorang sahabat aku akan pergi ke tanah suci untuk menunaikan umrah..itu sememangnya merupakan harapan siap umat islam yang beriman kepade penciptanya yang satu. Aku juga ada keinginan untuk sampai ke sana kelak..insyaallah jika ada rezeki. berita yang dia akan menunaikan umrah memang mengembirakan,,tapi aku rasa sedih sebab dia akan tinggalkan aku dan sahabat yang lain. Walaupun hanya untuk satu tempoh masa yang pendek,,api aku pasti akan merinduinya,,,rasanya tak perlu aku nyatakan namanya di sini..biarlah rahsia.hehehe..detik perkrnalan aku yang bermula kat KTIAM aku anggap sebagai satu yang sangat manis dan bermakna dalam hidup aku,,termasuk juga cousin yang memang aku sayangi dan juga seorang lagi yang aku gelar sebagai rara=)

ukhwah yang terbina antara kami sangat2 kuat sehinggakan aku rasa tak sanggup untuk menyakiti atau meukai hati slah seorang dari mereka..

buat sahabatku "bintun jamal",,semoga pemergianmu ke sana berjalan lancar,,selamat kamu pergi dan selamat kamu kembali...aku akan sentiasa merindui kamu...

aku harap,,kesihatan kamu baik2 sahaja di sanaa...aku takut aku akan meindui kamu seperti mana aku merindui wo dulu...tak nak nangis lagi da...aku sayang kamu dan harap ukhwah ini kekal hingga ke akhir hayat....aminnn

Saturday, August 2, 2008

teman.....


Ada masa kita perlu menangis agar kita tahu dunia ini bukan


hanya untuk ketawa,,ada masa kiter perlu menangis agar kita


tahu betapa bernilainya setitis air mata,,ada masa kita perlu


seorang teman agar kiter tak kesunyian,,dan ada masa


kesunyian tak kan buat kita lupa betapa bernilainya seorang


teman....


Friday, August 1, 2008

Asslamualaikum..w.b.t...Salam taaruf buat smua=)


Bila kau memandang segalanya
Dari TuhanMu yang menciptakan segalaNya
Yang menimpakan ujian
Yang menjadikan sakit hatimu
Yang membuatkan keinginanmu terhalang
Serta menyusahkan hidupmu
Pasti akan damailah hatimu
Kerana masakan ALLAH sengaja
Mentakdirkan segalaNya untuk sesuatu yang sia-sia
Bukan ALLAH tidak tahu betapa deritanya hidupmu
Retaknya hatimu..
Tapi itu mungkin itulah yang
Dia tahu hati yang sebeginilah
Selalunya lebih lunak
Dan mudah akrab dan dekat denganNya...

Saturday, July 26, 2008

HaTiKu MiLiKmU Ya RaBbi..

PuAs SudAh Ku CAri KeBahGIaaN..
DiSiSi TeMaN-TemAN..
ku DaPat HanYA kELalaiAn..

kU cAri LAgI Di SiSi KeKaSiH..
Ku DapAt HaNya kEkEcEwaAN...
DaN kU tEruS MenCaRi..
DaLAM mEniTi HaRI..
PeNuH kekeSOnGaN..

Di mAna Lagi HaRuskU cArI..
MemBaWa SekePiNg HatI..
YaNg SaRaT keRIndUaN..
RiNdU YanG tIaDA hALUan..
AkU KeLirU seNDiRi..
Apa YaNg kUcaRI..
Apa YaNg KuPeRLuKAN..
AkU mAsiH tAk BiSA menGeRtI..

YanG paSTi ..
KeKOsONgAn HaTI Ini MiNTA DiisI..

SeJEnaK kU teRSeDaR..
AkU mEnCAri YanG AguNG..
BUat JiWAkU yaNg MERiNdUkaN..
hAkiKat KebEnaRAn..
CaHAya YANg MeMbElaH kEGeLApAn..
MeLiMPAh CemERlaNG mEnGiSi kekoSOngAN..

kU sEDAr..
DeSTInASi PeNcarIanKu dIsiNi..
Ku MenCarImU TuHaN..
meNGhaRap KeReDhAan..
MeNAgIh KeBaHGiAaN..
DaRI sInaR cAhAyA iMaN...

Thursday, July 24, 2008

kEmaNiSaN DuNia...

Nabi s.a.w menyifatkan tarikan wanita merupakan salah satu dari kemanisaan dunia yang amat berbahaya, yang telah menghancurkan umat-umat terdahulu. Sabda baginda s.a.w ;
"sesungguhnya fitnah yang pertama2 menimpa kaum bani israel ialah berpunca daripada kaum wanita."
Tarikan dan godaan kaum wanita boleh meruntuhkan keimanan dan boleh memusnahkan kesejahteraan. Wanita yang menjadi sumber fitnah itu adalah wanita yang tidak menjaga maruah mereka,, ke sana ke mari dengan gaya tabarruj(bersolek) secara jahiliah, sehingga membangkitkan syahwat lelaki yang melihatnya. Wanita sebegini disenaraikan oleh Rasulullah s.a.w sebagai penghuni neraka sebagaimana sabda baginda s.a.w ;
"ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum pernah lagi aku melihat mereka. pertama: golongan(penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Keedua: perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang,, berlenggang lenggok waktu berjalan,,menghayun-hayunkan bahu. kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol unta yang senget. kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh"

kebenaran sabda Rassulullah s.a.w ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat pada hari ini. ramai perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. maksudnya kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badannya, dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walaupun berpakaian hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. ataupun ia berpakaian sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk badannya. kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan sehingga membuat hati lelakiyang melihatnya bergoncang....

wahai muslimah..janganlah kita menjadi seperti mereka ini....semoga Allah sentiasa memberi kita hidayah dan petunjukNya agar kita tidak tergolong dalam golongan ini...

Tuesday, July 22, 2008

My LoVeLY MoTHer!!!

rIndU kAmU(*-*)



Best friends forever....

cepat-cepat la balik kampung...

windu nie!!!!!!!!!!!!!

zaf&sue(^-^)

keja rajin2 tau..hehehehe

Monday, July 21, 2008

pErpisaHan tErAkHiR...khas buat kau yang bergelar "wo"

tanggal 16 April 2007..tarikh keramat dalam hidupku..selama 1minggu akumenjaganya dengan harapan dia sembuh seperti sedia kala,,tapi Allah lebih menyayanginya..kau tetap pergi untuk selamanya..aku kehilangan seorang insan yang sangat aku sayang.Kehadirannya aku anggap sebagai sebahagian daripada kebahagiaan aku..saat dia berada disisiku,,tidak pernah aku menghargainya..apabila dia sudah tiada,,setiap saat aku merindui dirinya..wo..andai tika ini kau masih ada,ingin sekali aku dengar nasihat-nasihat yang selalunya kau beri sebagai kata semangat untuk aku terus belajar bersungguh-sungguh.walaupun kau tidak berada di sini,,tapi aku pasti kau dapat melihat aku dari "atas" sana..wo..manja sangat-sangat merindui wo..tiada siapa yang dapat gantikan tempat wo disisi manja..kerinduan ini hanya bisa terubat dengan melihat sekeping gambar yang kaku...manja tak dapat lupakan saat di mana orang yang selama ini manja sayang hanya tinggal jasad yang kaku tidak bermaya.andai dapat diundurkan masa,,manja ingin ambil beberapa ketika untuk bagitau wo yang manja selama nie sangat-sangat sayangkan wo...walaupun tak dapat diluahkan dengan perkataan,,tapi manja harap wo dapat memahaminya...semoga roh wo tenang di atas sana..manja doakan supaya wo ditempatkan ditempat orang-orang yang beriman dan beramal soleh...aminn.....al-fatehah...

Sunday, July 20, 2008

Sekadar perhiasan atau memenuhi tuntutan agama????

ambillah beberapa ketika untuk kita berfikir tentang satu perkara yang tanpa kita sedari kepentingannya...ini aku ukirkan khusus buat kaum hawa....aku bukan nak merapu kat sini,,tapi dah terlalu banyak sangat jenayah yang timbul disebabkan hal ni..isu tentang pemakaian tudung bagi golongan muslimin yang juga digelar kaum hawa..jika kita lihat pada zaman globalisasi kini,,ramai wanita-wanita di luar sana yang memakai tudung tapi yang menjadi persoalannya di sini ialah adakah tudung yang mereka pakai itu dapat melindungi mereka dari pelbagai perkara yang membahayakan..seperti yang kita sedia maklum,,Islam mewajibkan setiap wanita yang telah akhil baligh untuk menutup aurat..memakai tudung bukan untuk sekadar suka-suka ataupun perhiasan di kepala tetapi untuk menutup aurat kita dari di lihat oleh golongan yang bukan mukhrim..sekarang ni,,pelbagai jenis tudung berada di pasaran sehinggakan ada di antara kita yang tidak tahu memilih tudung yang mengikut tuntutan syarak..tengoklah kat luar san tue,,pakai tudung,,tapi nampak leher,,ada pula yang memakai tudung,,tapi tak tutup aurat...haii...tudung nie sekadar perhiasan ker atau untuk kita memenuhi tuntutan agama???????????????

renung-renungkan

"bertolong-tolonganlah kamu membuat kebaikan dan janganlah kamu bertolong-tolongan membuat kejahatan"

banyak ilmu yg aku dpt hr nie dan insyaallah aku aku praktikkannya..
syukran Ya Allah kerana aku antara insan terpilih itu..

my daisypath

Daisypath Vacation Ticker

Al Quran..cahaya hati