Cinta adalah fitrah kerana setiap orang dianugerahkan naluri untuk
menyayangi dan disayangi.
Bercinta bukanlah menjadi kesalahan asalkan mengikut batas yang telah
ditetapkan agama.
Cinta juga bukan hanya merangkumi cinta kita kpd sesama manusia, tapi
cinta terlalu luas takrifannya.
Cinta hamba kepada Tuhan.
Cinta Nabi dan Umat.
Cinta ibu bapa dan anak.
Cinta majikan dan pekerja.
Cinta guru dan murid.
Cinta antara lelaki dan perempuan.
Dalam erti kata lain, cinta adalah perkongsian kegembiraan, dan penderitaan, menurut kemuliaan hati, kasih sayang dan rasa hormat kepada orang yang dicintai dengan sepenuh perasaan, jiwa dan raga. Nabi Muhammad s.a.w adalah contoh terbaik dalam menumpah cinta dan kasih sayangnya kepada umat manusia seperti yang dinyatakan dalam surah at-Taubah ayat 128 :
“sungguh, telah datang kepadamu seorang Rasul dari kalanganmu sendiri. Ia sedih dengan penderitaanmu, sangat menginginkan keimanan dan keselamatanmu. Ia sangat menyantun, sangat penyayang”