Thursday, December 11, 2008

“dan segala sesuatu yang kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati kebesaran Allah”



Cinta itu kuasa luar biasa kerana mampu membuat seseorang melakukan sesuatu yang tidak terfikir oleh akal. Sappo dalam bahasa Yunani sanggup terjun dari puncak karang yang tinggi kerana berat menanggung rindu cinta. Rama yang sanggup berkorban apa saja demi Sita. Shah Jehan membina Taj Mahal sebagai bukti cinta kepada isterinya, Kisah Laila dan Majnun serata Romeo dan Juliet.........!!!

W.A.N.I.T.A C.I.P.T.A.A.N I.S.T.I.M.E.W.A





i. Kecantikan seorang wanita ialah teletak pada sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak pada sejauh mana ia dapat menahan (menjaga marahnya).

ii. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

iii. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannnya.

iv. Wanita menghadapi banyak permasalahan, sebagaimana diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

v. Mata yang paling indah tetapi harus juga diwaspada adalah mata kaum wanita.

vi. Yang diinginkan seorang gadis di dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segalanya.

vii. Kecantikan wanita itu tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

viii. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.

ix. Kebijaksanaan wanita terletak dalam hatinya.

x. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi oleh orang lelaki tetapi sebagai sumber kebahgiaan seorang suami.

xi. Sesungguhnya tiada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

xii. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan memebenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

"Pesanan buat mereka yg bergelar lelaki"

Imam Ghazali pernah menyatakan bahawa : “ Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwin yang hadaqah, yang barakah dan yang syadaqah”.

Wanita Ananah : banyak mengeluh dan engadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah : suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan “aku buat ini keranamu”

Wanita Hananah : menyataka kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Barakah : ada 2 makna, pertama yang sepanjang harinya mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

Wanita Syadaqah : banyak cakap tidak menentu lagi bising.

renung-renungkan

"bertolong-tolonganlah kamu membuat kebaikan dan janganlah kamu bertolong-tolongan membuat kejahatan"

banyak ilmu yg aku dpt hr nie dan insyaallah aku aku praktikkannya..
syukran Ya Allah kerana aku antara insan terpilih itu..

my daisypath

Daisypath Vacation Ticker

Al Quran..cahaya hati