Thursday, July 24, 2008

kEmaNiSaN DuNia...

Nabi s.a.w menyifatkan tarikan wanita merupakan salah satu dari kemanisaan dunia yang amat berbahaya, yang telah menghancurkan umat-umat terdahulu. Sabda baginda s.a.w ;
"sesungguhnya fitnah yang pertama2 menimpa kaum bani israel ialah berpunca daripada kaum wanita."
Tarikan dan godaan kaum wanita boleh meruntuhkan keimanan dan boleh memusnahkan kesejahteraan. Wanita yang menjadi sumber fitnah itu adalah wanita yang tidak menjaga maruah mereka,, ke sana ke mari dengan gaya tabarruj(bersolek) secara jahiliah, sehingga membangkitkan syahwat lelaki yang melihatnya. Wanita sebegini disenaraikan oleh Rasulullah s.a.w sebagai penghuni neraka sebagaimana sabda baginda s.a.w ;
"ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum pernah lagi aku melihat mereka. pertama: golongan(penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Keedua: perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang,, berlenggang lenggok waktu berjalan,,menghayun-hayunkan bahu. kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol unta yang senget. kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh"

kebenaran sabda Rassulullah s.a.w ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat pada hari ini. ramai perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. maksudnya kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badannya, dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walaupun berpakaian hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. ataupun ia berpakaian sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk badannya. kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan sehingga membuat hati lelakiyang melihatnya bergoncang....

wahai muslimah..janganlah kita menjadi seperti mereka ini....semoga Allah sentiasa memberi kita hidayah dan petunjukNya agar kita tidak tergolong dalam golongan ini...

renung-renungkan

"bertolong-tolonganlah kamu membuat kebaikan dan janganlah kamu bertolong-tolongan membuat kejahatan"

banyak ilmu yg aku dpt hr nie dan insyaallah aku aku praktikkannya..
syukran Ya Allah kerana aku antara insan terpilih itu..

my daisypath

Daisypath Vacation Ticker

Al Quran..cahaya hati