Friday, September 19, 2008

nilai kasihmu ibu



Sempena bulan ramadhan yg sememangnya adalah bulan untuk kita memperbanyakkan muhasabah diri,,
Kita teliti cerita ini.
Ini adalah mengenai Nilai kasih Ibu
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk
menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan
sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera
mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang
dihulurkan oleh sianak lalu membacanya.


Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak
sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya.
Si ibu
mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang
kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian & keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang
dituliskan oleh si ibu.
Si anak menatap wajah
ibu, memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu".

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah
Dibayar" pada mukasurat yang ditulisnya.


Ingat lagu di RTM? - Who's next? My mother! Who's
next? My Mother!

Ibu,,nilai kasihmu hingga hujung nyawaku=)
Manja sayang mak!!!

MOHON MAAF




> Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan:
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.
Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya telah berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang disengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa ..
> SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA,,(^o^)

renung-renungkan

"bertolong-tolonganlah kamu membuat kebaikan dan janganlah kamu bertolong-tolongan membuat kejahatan"

banyak ilmu yg aku dpt hr nie dan insyaallah aku aku praktikkannya..
syukran Ya Allah kerana aku antara insan terpilih itu..

my daisypath

Daisypath Vacation Ticker

Al Quran..cahaya hati