Thursday, February 26, 2009

Seakan Terluah Apa Yang Terbuku Di Hati



bismillah+salamualaik...


Hehehe.. sy ada sesuatu nak bgtau..

Hari nie sy ada pembentangan kat kelas..

Pilih satu lagu dan terangkan apa erti disebaliknya..

Dan saya pilih lagu dr kmpulan in-team dan mestica ‘kerana cinta’

Banyak soalan yg diajukan sepnjg sy bentangkan lagu tue…

Dan kebanyakkan soalan yg ditanya tue seakan-akan berkaitan dengan diri saya sendiri…
Pensyarah saya Tanya,,

apakah sebenarnya cinta kalau kadang-kadang kita suka tengok muka dia, kadang-kadang pulak kita benci dan tak nak tengok muka dia langsung…

Soalan kedua pula ; ‘bagaimana pula seandainya orang yang kita cintai itu tidak mencintai kita dan apa yang perlu kita lakukan’
Terkedu rasanya bila soalan macam tue yang ditanya…

Nak tau saya jawab apa??
Hmm,,xbyk yg boleh saya kata untuk jawab soalan tue..dan saya pun kata
saya cintakan SAHABAT saya lebih dari saya cintakan KEKASIH saya (seandainya saya ada kekasih)’

Huhuuhuuu…. Sememangnya itu adalah ikhlas dari hati saya….
Kerana di hati saya,,sahabat adalah utama..
Dan untuk soalan kedua ; ‘biarlah rahsia sama ada saya pernah bercinta ataupun tidak,, dan seandainya saya mencintai seseorang, dalam masa yang sama orang tersebut tidak mencintai saya ataupun sudah mempunyai orang lain,,saya sememangnya kecewa dan sedih. Tapi saya cintakan dia Kerana Allah dan kecewa saya mungkin tidak seteruk seperti mana orang yang telah lama bercinta dan putus di tengah jalan.’
Selepas jer sy cakap, hati sy rasa lega yang teramat sangat.
Walaupun sy tak spesifikkan siapakah insan tue,, tapi sekurang-kurangnya saya da luahkan apa yang saya nak cakap selama nie dan dihadapan orang yang ramai plak tue…
Saya tak tahu knp sejak akhir-akhir nie insan tue perangai dia cam berubah jer dengan saya..
Tapi at least,,sy da curahkannya dan ia tidak lagi menyesakkan fkran saya….
Sepanjang pembentangan tue dibuat,,saya perasan ada beberapa org shbt sy yang tahu apa sebenarnya saya cakapkan dan asyik tersengih-sengih sajer…

Tapi sememangnya saya saying semua sahabat sy…
Kpd insan itu,,saya tahu saya Cuma blh lihat kamu dr jauh sahaja…
Untuk meluahkannya secara berdepan,,,SEMEMANGNYA MUSTAHIL!!
Cinta x bermakna memiliki…
Bagi saya,,cinta saya kerana ALLAH dan saya ingin lihat DIA bahagia..
Kerana saya sedar siapa diri saya…
Thatsz all…

Monday, February 23, 2009

cerita sy




ahlan wasahlan...





hr nie aku sgt2 gembira..
coz aku belajar byk benda..
aku pling suka masuk kelas prs(pem.rakan sebaya)
memg cool btul lec yg ajoo aku tue
dan ap yg sgt2 best
aku ska aktiviti2 yg dia jalankan sepnjg kelas tue nerlangsung..
hehehee
so no wonder la aku sgt2 aktif bla tiba kelas prs..
=)
dan moood aku sgt2 bek hr nie
TQ ALLAH

Saturday, February 21, 2009

kenali personaliti melalui minuman kegemaran

LATTE

Sofistikated adalah keperibadian paling jelas yang dapat dilihat dalam diri
individu yang gemar menikmati minuman ‘Latte’ ini. Selain itu sikapnya yang sentiasa bersifat ingin tahu dan sentiasa ingin belajar secara tidak langsung turut memperlihatkan dirinya yang terpelajar dan berpendidikan. Sekiranya kekasih anda menggemari minuman ini, aduh…beruntunglah anda kerana dia seorang yang romantik dan jiwanya penuh dengan kasih sayang. Si penggemar ‘Latte’ biasanya akan sentiasa dengan pasanggannya dan akan sentiasa cuba melakukan yang terbaik demi mengukuhkan lagi perhubungannya.

KOPI

Anda sesuai mengendalikan perniagaan sendiri. Si penggemar kopi biasanya memiliki keperibadian yang menyakinkan. Sikap yakin dengan kebolehan diri sendiri membolehkan mereka maju dalam apa jua bidang yang diceburi. Namun mereka ini juga memiliki sikap berjimat cermat yang teramat sangat sehingga ada yang menganggap mereka ini agak kedekut! Ya, mungkin kedekut kepada orang lain tapi bukan pada dirinya sendiri! Lihat sahaja gaya dan penampilannya. Boleh dikatakan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, semuanya barangan berjenama! Opps…dalam subjek mencari pasangan pula, mereka dikatakan terlalu cerewet! Hati-hati, jangan sampai orang lain bosan pula untuk mendekati anda kerana sifat cerewet anda itu.

KOPI SUSU

Wah, orangnya sentiasa kelihatan sibuk. gayanya juga bagaikan tak terurus dek kesuntukan masa. Si penggemar kopi susu ini memang tidak boleh duduk diam. Boleh dikatakan setiap waktu yang ada akan dipergunakan sebaik mungkin untuk melakukan kerja-kerja yang dirasakan agak penting. Ingat, anda juga perlu meluangkan masa untuk merehatkan minda. Anda bukannya robot yang mampu melakukan segala-galanya tanpa berehat. Paling tidak pun, kemaskan sikit gaya penampilan anda itu agar orang lain berasa selesa berdampingan dengan anda! Oh ya! Kasihanilah si dia yang sentiasa meginginkan perhatian dari anda. Jangan sampai si dia berasa bosan dengan sikap anda yang boleh dikategorikan dalan lingkungan individu yang ‘gila bekerja’. Belajar menyusun jadual harian anda agar hari anda berjalan lebih lancar dan jangan lupa, selitkan sedikit masa untuk bersama-sama si dia…mungkin dengan menonton wayang bersama!


TEH

Tenang dan bersahaja adalah tarikan utama pada kelompok individu ini. Mereka bijak menguasai keadaan dan tidak hairanlah sekiranya mereka mempunyai ramai teman. Selain itu, muzik adalah teman setianya. Mungkin si penggemar teh ini tidak kisah sekiranya dalam satu tempoh waktu tertentu dia tidak ditemani oleh mana-mana teman kerana peluang bersendirian yang ada itu digunakannya untuk menghayati muzik kegemarannya. Faktor kesihatan sentiasa mendapat perhatian anda kerana anda sentiasa inginkan kesihatan yang terbaik untuk diri anda Syabas!

MOCHA

Orangnya lincah dan gemarkan cabaran. Si penggemar Mocha mempunyai keperibadian yang agak keanak-anakan dan setiap bual bicara yang meniti di bibirnya pasti mempunyai unsur jenaka. Individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebgai individu yang sukar bersikap serius, boleh dikatakan setiap detik dan saat, tumpuan di dalam mindanya itu lebih kepada unsur-unsur keseronokkan dan mencari hiburan. Mereka juga gemar bersosial dan tidak gemar hidup bersendirian. Tidak hairanlah sekiranya mereka tidak mempunyai sehingga ke hari ini. Mana tidaknya, individu yang cuba untuk mendekatinya sentiasa merasa ragu-ragu untuk serius bercinta dengan si penggemar _Mocha ini. Sikap keanak-anakannya itu tentu sekali tidak menyakinkan pasangan bahawa individu itu telah bersedia untuk serius dalam percintaan. Mungkin penggemar _Mocha boleh cuba melakukan pembaharuan dalam hidupnya mulai hari ini.

MINUMAN SEJUK

Sekiranya anda lebih gemar menikmati apa saja minuman asalkan ’sejuk’ menunjukkan bahawa anda tergolong dalam kategori yang gemar bersosial dan berhibur bersama teman-teman. Anda lebih gemar berkumpul dengan teman-teman akrab anda dan boleh bersantai bersama mereka hingga berjam-jam lamanya. Selain itu anda juga memiliki daya pemikiran yang kreatif dan sentiasa ingin cuba tampil denga idea-idea baru dalam melaksanakan tugasan anda. Namun awas, minuman sejuk ini tidak baik untuk kesihatan.

MINUMAN PANAS

Penampilan anda kelihatan penuh menyakinkan dan matang. Mungkin ramai yang memperkatakan bahawa penampilan anda kelihatan lebih matang dari usia sebenar anda. Namun anda tidak pernah menghiraukan apa jua tanggapan orang lain yang diberikan kepada anda. Anda memiliki matlamat hidup yang tersendiri dan sentiasa berusaha untuk hidup merealisasikannya biarpun terpaksa berhadapan dengan bermacam-macam rintangan. Teruskan usaha anda itu.

sy pilih yg second last tuh wokieh!
im lovin it..huhuuhuuu
cam mc donald=)

Friday, February 20, 2009

kebencian hanya akan merosakkan




salamualaik..

ya Allah..
hr ini kau goyahkan lg hatiku..
seorang sahabat yg aku percayai, aku sgt2 ragui pd kesetiaanya

baru beberapa detik aku pelajari..
sesungguhnya kebencian hanya akan merosakkan hati dan diriku sendiri...

aku tidak mahu perasaan seperti itu
husnuzon...
mungkin itu yg terbaik..

hayati ia

Wednesday, February 18, 2009

46 tahun buatmu S.A.A'D.I.A.H



insan yg sgt2 banyak berbakti pada diriku
bermula dr saat dia bertarung nyawa melahirkan..
hingga aku telahpun remaja dan hampir memasuki alam dewasa..

bila keperluan x mencukupi
insan ini yg sedaya upaya bekerja dan mencari rezeki untuk penuhinya
terlalu besar pengorbanan insan ini

di saat diriku terluka
dia datang mengubatinya
walaupun zahirnya dia penat dengan kerja sehariannya
di saat aku menangis kerana gagal mencapai keputusan yg memuaskan dalam pelajaran
dia juga insan yg berada di sisiku..
terus memberi semangat utk aku terus berusaha..
dia juga insan yg mengelap setipa titisan air mata jernih yang keluar dr mataku..

kini
genap sudah 46 tahun usianya...
walaupun apa yg aku sediakan untuknya hari ini tidak segah yg dia harapkan
tapi cukup bg untuk menyatakan rasa terima kassih atas pengorbanannya selama ini..
membesarkanku..
mendidikku..
menemani hari2ku..
dan sentiasa berada di sisiku..



itulah dia insan yg sangat istimewa bergelar "SAA'DIAH"
selamat ulang tahun MAK..
Doaku semoga Allah panjangkan umurmu..
sentiasa terpelihara dari perkara2 buruk..
di murahkan rezeki...
yg amat penting sekali => MANJA SAAAAYYYAAANNNGGGGGGGGGG MAAAAK! Muahz!

selamat ulang tahun sayang...

(nanti manja suruh zaha beli topi hr jd mak yer)

Monday, February 16, 2009

keputusan besar da pun dibuat



Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerna tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku dilaluan sepi
Ditinggalkan mereka yang ku percayai
Namun ku tahu
Ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yg berkuasa jua mencipta
Keran Engkau Maha mengetahui
Segala apa yang terbuku dihati
Ya Allah tidak ku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa sebagai segala noktah telahku temui
Mengakhiri segala yang telah kumulai
Ya Allah Engkau lindungilah aku
Dekatkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidak ku berhenti di pertengahan
Namun ku tahu
Ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Terasa sebagai noktah telah kutemui
mengakhiri segala yg terbuku di hati...
.......................................

xsekali akan aku dengar lagu nie..
forever.....
juga "permata yang dicari"...

Wednesday, February 11, 2009

itu statistik

bismillah+salamualaik..

sy ngah pening2 lalat..

nper soklan xm tue senang sgt???

tp sy xtau la nk jawab cm ner..

coz jwpn dia susah..

sem nie mesti study tol2...

xnak jatuh lg...

ya Allah,,bantu sy...

mak,,doakan sy yer..

buuuzzz!

Friday, February 6, 2009

aina nti ya sohbi??

bismillahirrahmanirrahim..
hr nie aku xtau da bper lmer aku x sms @call zaf..
mungkin da 2mgu..
bz sgt dengan kehidupan d kolej sampai aku blh t'lupa pada dia..
dgn ringan tgn aku pun cuba hbungi dia hr nie..
tp xdpt..
mungkin dia sibuk..
aku sms,,,dia xbls..
mungkin xda kredit...
aku call lg,,trus xdpt..
di mana kamu wahai sahabatku?
nie la lumrahnya manusia,,hanya mencari bila sesuatu tue hilang dr dia..
muka aku da macam ayam nk kna sembelih jerk nie..
kronik btul dan aku sgt2 risaukan dia..
takut kalau apa2 terjadi pada dia..
sebelum nie,,aku sangat2 selalu sms@call dia..
tp knp aku blh upa pada insan yg penting dalam hidup aku nie??
Allahuakhbar...


zaf,,
kalau kau hilang sebab kecewa dgn sikap aku yg mengabaikan kau,,
aku minta maaf sangat2..
aku bukan sengaja..
knp laa aku boleh abaikan kau..
bila fikir2 balik..aku memang salah sebab aku baru teringat yang hair tue dia ada sms aku,,tp aku xbalas...
birthday zaf pun da nak dekat da nie...
plz contact aku yer..
aku minta maaf sgt2...
what should i do?

Thursday, February 5, 2009

salah ubat~~~??

oleh sebab tekak sy semakin teruk sakitnya..
sy g jugak amik ubat..

sy xska makan ubat n sy juga benci bau ubat,,
eeeeiiiyeeerrksz!
busuk yg amat laaa...

tp kalo sy xmakan, sy lambat sembuh..
tp bla sy makan..
paler sy sgt2 sakit..
lastly sy x g kelas..huwaaaa..
sy xtau sy salah makan ubat ker?

pening laaaa...
bluuurrr jer otak sayer..
nak blaja math pun susah..
ya Allah,,beri sy kesembuhan dr penyakit ini...amin

Tuesday, February 3, 2009

sayuuuuu...



Ya Allah
Kau peganglah hatiku..
Dan jangan kau biarkan ia jatuh
Pada hati-hati yang jauh dari mengingati Mu


Ya Allah
Andai mengasihi makhluk ciptaanMu
Menjadikan sakit yang tidak terperi dihatiku
Membuat aku lalai dari mengingatiMu
Aku redha sekiranya Kau ambil hatiku
Jiwaku dan perasaanku..


Ya Allah
Kau peganglah hatiku
Sehingga satu saat dimana Kau kehendaki
Hatiku diserahkan pada insan pilihanMu
Keredhaan aku terhadap ketentuanMu
Melebihi keinginanku untuk bahagia


Ya Allah
Kau peganglah hatiku
Sesungguhnya Kau yang berhak
Atas jiwa dan ragaku..

Ya Allah
Aku sungguh aku redha pd ketentuanMu
tapi mengapa insan ini semakin hampir denganku~~

B.E.I.N.G B.U.S.Y....


hoolllaaaa...

stelah lmer senyap,,dpat gak aku wat new post n blh sumbat entry bru..
my laptop bru kuar workshop=)

this sem aku memg xjangka akan jd sgt2 penat n byk sgt keja yg menanti tuk aku siapkan..
feel sooooo+sooooo bad wokieh!

hr nie mood xbek sgt coz xbrape nak chat n xbrape nak betul...
hahaa...
mummy,,sy xchaat=(

xtau daa nak cter per...
aku nak mohon pd Allah agar ap yg aku n sohbi2 yg len rncg esk berjalan seperti yg kmi harapkan..
Ya Allah,,bantulah kmi..amin..

renung-renungkan

"bertolong-tolonganlah kamu membuat kebaikan dan janganlah kamu bertolong-tolongan membuat kejahatan"

banyak ilmu yg aku dpt hr nie dan insyaallah aku aku praktikkannya..
syukran Ya Allah kerana aku antara insan terpilih itu..

my daisypath

Daisypath Vacation Ticker

Al Quran..cahaya hati