Tuesday, December 29, 2009

dari K.U.I.M ke U.K.M

seawal yang mungkin kami bangun dan berkumpul sblm terus ke Universiti Kebangsaan Malaysia..utk mengikuti Seminar Kaunselor dan Masa Hadapan
bersama pensyarah merangkap penyelaras Diploma Kaunseling KUIM, Cik Siti Nazurulaina bte Aripin

menjamu selera selepas mendengar ceramah yg sangat menarik dan terasa seakan2 ketika itu bukan berada dalam suasana "SEMINAR"..semua student yg mengikuti program ini memperolehi pelbagai ilmu yg sangat berguna
inilah penceramah utamanya..sangat comel..semuanya tekun mendengar..

pensyarah yg mengiring kami ke sana..
*tudung coklat..Cik Siti Nazurulaina bte Aripin
*bertudung biru..Puan Suhaya bte Deraman..pensayarah yg mengajar subjek Bimbingan individu, Bimbingan Kelompok dan Perkahwinan..(sudah kami anggap seperti ibu kami sendiri, sgt baik orgnya=)
sementara menanti pelajar2 lelaki pulang dari solat jumaat,,kami bergambar utk kenang kenangan..manalah tahu satu hari nanti kami juga akan berada di sini, bukan lagi sebagai pelawat, tapi sebagai student @ mungkin pensyarah di sana..amin...

Sunday, December 20, 2009

Kocakan Ombak

bismillah+salamualaik
masih tidak terlambat untuk aku mengucapkan Salam Maal Hijrah kpd semua rakan blogger.
tahun baru telah bertamu, begitu juga dgn semester yang baru.
semester ni merupakan semester yang terakhir utk aku dan rakan-rakan. Selepas ini masing-masing akan bawa haluan sendiri. sebelum aku berfikir jauh ttg masa depan, ada 1 perkara yang aku risaukan. Pasti rakan-rakan yang lain juga begitu. Esok result semester 5 akan keluar, bagaimana agaknya result aku kan??
Aku harap, aku dapat naikkan CGPA dan selepas ini aku dapat meneruskan pengajian aku ke universiti pilihan aku sendiri....witch one yer??? UKM??UM??UPM??UMS??
Ya Allah takutnya aku. Roomate aku semuanya belum balik lagi. Mungkin mereka akan pulang esok kot..
tidur seorang diri la aku malam nie kan??hehehe..
ok la,,aku doakan yang terbaik utk rakan-rakan semua. Harap xda yang akan repeat paper lagi dan kita still boleh belajar dalam kelas yang sama.
Akhir kalam, "SEMOGA BERJAYA"

Sunday, November 1, 2009

in HeRe AgAin

bismillah + salamualaik..
lama sudah aku menyepi dari trus mengupdate blog nieh..
sebenarnya dalam2 kesibukan dgn aktiviti seharian kat KUIM nieh, ada juga terlintas kat ht aku nie tuk buka blog, tapi malangnya bila umur kita semakin meningkat,,ingatan pun semakin berkurang..
hahaha..senang cerita sebenarnya aku terlupa pasword dan e mail untuk sign in kat blog nie..
nak kata tua sgt tue xdala kan sebab aku masih lagi diambang belasan tahun walaupun aku tahu aku dah semakin hampir untuk berada di alam awal dewasa..
xsabar rasanya untuk menanti saat tue..
lagi beberapa hari sahaja..
sebenarnya petang nie aku ada final exam tok subjek "KAEDAH PENYELIDIKAN"
subjek yg menggerunkan jugak la (huwaaaaaaa!!!)
tapi xpe,,aku lari sekejap sebab tiba2 jer aku rasa cam aku dah ingat blik apa pasword n e mail blog aku nieh
dan alhamdulillah berjaya juga akhirnya..
kepada sahabat2 yang amat rajin mengupdate blog korang..
nantikan kemunculan kuuuuuuuuuu yer..

Friday, July 24, 2009

Hati Manusia

Dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt...
Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah swt...
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt..
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya..
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya...
Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya...


Jangan lakukan semua yang kamu ketahui.....jangan beanjakan semuayang kamu miliki....jangan percaya semua yang kamu dengar....dan jangan beritahu semua yang kamu dengar...kita sering lupa apa yang kita miliki....tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada...fikirkan hal yang paling hebat nescaya kita akn menjadi hebat...fikirkanlah hal yang tertinggi nescaya kita akan dipandang tinggi... manusia tidak tahu semua perkara....justeru itu mengetahui banyak perkara lebih baik daripada tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara...sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisi ketika kamu memerlukan sokongan...walau pun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat yang lebih menyeronokan...sesuatu yang baik blm tentu benar...sesuatu yang benar belum tentu baik...sesuatu yang bagus belum tentu berharga...sesuatu yang berharga belum tentu bagus...sesiapa yang hari ini sama dengan kelmarin maka tertipulah dia...sesiapa yang hari ini lebih jahat dari kelmarin maka akan terkutuklah dia....dan sesuatu yang paling menyedihkan dalam hidup ini ialah ketika bertemu seorang sahabat yang sangat bererti..dan pada akhirnya terpaksa melepaskan dia pergi...............

Doaku UntukMu


Khas buat sahabatku..... Ya Allah. Kau permudahkan langkah saudaraku. Berikanlah cahaya ketika dia dalam kegelapan, Berikanlah arah ketika dia dalam sesat, Berilah peringatan ketika dia lupa, Berikanlah kekuatan ketika dia lemah. Berikanlah keberanian ketika dia takut. Berikanlah rezeki ketika dia amat memerlukanya. Kabulkah do'anya ketika dia bermunajat. Sabarkan lah dia ketika berdakwah. Y Rabbi berkanlah kemenangan dan kejayaan serta permudahkan segala urusanya ....amin.. Ku meminta pada Mu setangkai bunga yang segar..Lalu diberikan kaktus yang berduri...Ku minta pada Mu binatang yang yang comel dan cantik.....lalu diberikan ku ulat yang berbulu. Aku sedih. kecewa dan marah betapa tidak adinya semua ini. Namun kemudian kaktus itu berbunga sangat cantik dan indah dan ulat yang berbulu berubah menjadi kupu - kupu yang sangat cantik. Itulah kebesaran Allah. Indah pada waktunya. ingatlah Allah tidak memberi apa yang kita harapkan tapi memberi apa yang kita perlukan. Kadangkala kita sedih, kecewa dan terluka tapi percayalah nun jauh disana Dia sedang yang terbaik untuk kita HambaNya....

Sunday, May 31, 2009

menyepi itu lebih baik dr membenci

bismillah+salamulaik
im here again...hehe
lmer sgt x buka blog
seminggu yg lepas aku bz sgt2..latihan nasyid kat kolej
mgu lg satu plak,,g kedah coz ada pertandingan nasyid IPTIM(institut pengajian tinggi islam malaysia) peringkat kebangsaan..
huuuuuuuuuuuuuuh,,,letih sgt2
ingatkan nyanyi nie senang
macam2 benda baru yg aku belajar
sepanjang latihan di kolej,,tak aku nafikan aku memg stress hingga satu tahap aku x blh tahan lg dan akhirnya aku lepaskan apa yg aku rs dengan tangisan..
tangisan tue bukan bermaksud aku lemah,,tp itu salah satu cara yg boleh buat aku rs lega
seriusly..aku memang hampir give up n nak tarik diri dr pertandingan tue..
macam2 masalah...tp alhamdulillah,,aku lega sangat2 semuanya sudah pun berakhir,,,
kat kedah,,aku dapat ramai kawan sehingga amat sukar utk aku hafal name mreka dlm ms yang amat singkat itu...
aku juga dapat seorg kwn..dan dia bg aku satu lukisan yg dilukis khas utk aku dan dia..
trima kasih atiqah....insyaallah sy akan e mail gambar tue kat kamu secepat mungkin=)
dan ustaz kata kami kena ready tok buat persembahan waktu majlis konvo bulan 8 nie...
aaduhaaai ustaz,,,xtau la kau nak join kew x...
balik dr kedah,,aku cuma rest tok 1 hari jew n sekarang aku sibuk bantu family berniaga
aku minta maaf sgt2 kat kwn2 yg antar msg kat aku..
memg aku xda masa balas msg tue
dan bagi mreka2 yg aku x save no nyer,,plz bgtau name korg dulu k
t ada plak yg kecik hati aku x kenal nanti..
heheheee....waktu2 cti cam nie
aku lebih selesa menyepi dari kawan2
lebih2 lagi dengan org yg paling2 aku nak lupakan...
sy xbencikan kamu..tp kadang2 jew sy bencikan kamu..wkakaa...
sy syg kamu,,sbb tue sy benci kamu..

too my beloved rara..im really miss you...
waje windu wangat2 wama wara...
hehehe...

p/s : trima kasih x terhingga buat kwn2..
fathi,,adnin,,din,,shaanooor coz byk bg semangat kat aku hingga akhirnya aku tamatkan
jua perjuanganku di kedah...korg semua memg best!!

Sunday, May 10, 2009

SELAMAT HARI IBU~~~

hari nie satu malaysia sambut hari ibu
hari yg amat dinanti2kan oleh wanita2 yg berdgelar ibu dan juga bg mereka yang bakal bergelar ibu
"ibu,,
ibu,,engkaulah ratu hatiku"

tidak terbalas jasa seorang ibu
yang mengandungkan kita..
menjaga kita siang dan malam..
melayan kerenah kita..
mendengar setiap masalah kita tanpa pernah rasa jemu..

sempena hari ibu pada hari nie,,aku dan adik2 yg lain xtau nak wat apa..
sebab bagi kami,,jasa ibu sampai mati tak dapat kami balas..
bangun jer pagi hari nie,,mak aku dah ada dah kat dapur..
sedang siapkan sarapan..
hmm,,xdapat aku nak wat sarapan special utknya..
xpelaa..
masih panjang lagi hari nie..
then,,aku dan adik2 sedaya upaya untuk penuhi apa saja yang mak nak..
antara ;

*ikut mak ke kebun (kali pertama seumur hidup...sebab aku paling malas g kebun)
*memasak
*dengar jer mak membebel even kami tau kami xda buat salah (betol!xtipu..hahaha)
*layan mak makan macam permaisuri (samapi basuh tgn pun mak suh kami nasuhkan tangannya)
*buat apa jer yang mak nank tanpa merungut
*nyanyi lagu ibu untuk mak (mak senyum2 tandanya dia gembira)

lagu nie aku tujukan khas buat mak...(td nyanyi lagu lain tau)

who should i give my love too
my respect anf my honour too
who should i pay good mind too after Allah
and Rasulullah

comes your mother
who next
your mother
who next
your mother
and then your father

cause who use to hold you and clean you and clothe you
who use to feed you and always be with you
when you were sick stay up all night,,holding you tight
thats right no other
my mother

who should itake good care off
giving all my love
who should i think the most off
after Allah
and Rasulullah

comes your mother
who next
your mother
who next
your mother
and then your father

cause who use to hear you
before you could talk
who use to hold you before you could walk
and when you fell who pick you up
clean you cut
no one but
your mother
"my mother"

who should i stay right close too
listen most to0
never say no too
after ALLAH and Rasulullah

comes your mother
who next
your mother
who next
your mother
and then your father

cause who use to hug you
and buy you new cloth
comb your hair and blow your nose
and when you cried who wipe your tears
knows your fears
who really cares,,
MY MOTHER

say ALHAMDULILLAH..
tq Allah...tq Allah
for my mother...

*sayangi dan hargai ibu kita sebelum kita kehilangannya

Thursday, May 7, 2009

H.A.P.P.Y.HO.L.I.D.A.Y


Cuti semester dah pun bermula..
selamat bercuti semua
haa,,cti nie jangan nakal2
maner yg suka merempit tue
jgn nak merempit plak yer
sbb sy masih lg nak jmpa kalian
utk sem yg akan dtg
kali nie sy menjelma
dgn imej misz violet yg sbnr...
hehehe
k laa..enjoy=)

Wednesday, May 6, 2009

cepatlah baca!

bismillah+salamualaik
esok paper yg terakhir untuk sem 4 nie
syg rsnya nak tinggalkan tempat nie dan kawan2 yg lain
sebulan cuti,,pasti akan merindui mereka
(ana+ani+rara+kak nik+akhi syafiq+budak2 serumah)
cam x cyer jer statement nie akan kuar dr mulut aku kan?
hahaha..xtau nper aku rs sem nie terlalu bermakna
mungkin sbb terlalu akrab dgn kwn2
sblm blik rmh tuk cuti yg panjang
ada satu perkara penting yg patut aku selesaikan
bukan susah nk selesaikanya
cuma perlu berjumpa face to face
tp masa terlalu singkat
jika aku xwat kptsn bila dan kat mana nak jumpa
maknanya perkara nie akan terbiar cam tue jer
dan ukhwah tue akan hilang
sasau aku dgn mslh nie
perlu jumpa ker x?
saper nak jawab tuk aku nie?!




Saturday, May 2, 2009

si Kupu-Kupu=)

kita tidak boleh mencari orang yang serupa..
dan sebab itu saya tidak akan jumpa insan seperti dia..
lumrahnya, setiap yang SATU itu akan jadi yang ISTIMEWA..
kerana ia hanya SATU..
tidak DUA mahupun TIGA..
jadi jangan cuba mencari lagi yg serupa..
biarkan yang SATU itu tetap kekal di hati..
biarkan ia jadi yang TERISTIMEWA..
cuma terima, hargai dan syukurilah
setiap yang ada disekeliling kita=)

Friday, May 1, 2009

jaMuAn

teruja dapat keluar ramai cam nie..
saya,,shbat baik sy zaf,,umie,,dan seriyanti=)


tertidur plak si comel nie=)

pada 26/04/2009 saya dan rakan serumah kolej telahpun melaksanakan salah satu acara wajib kami..iaitu Jamuan Akhir Semester..
kali ini merupakan julung2 kalinya kami smua wat jamuan nie luar dr kolej..
sbb biasanya saya dan yg lain2 wat jamuan nie kat rumah jew..
sbnarnya kami dpt wat jamuan nie kat luar pun sbb kami skrg dah ada driver..
hehehee...
driver yg x bergaji la katakan..
antara hidangan yg kmi ada KFC,,KEK,,BUAH2AN,,JAJAN,,
hmm,,tue jew sbnrnya..
hahaha..
jamuan nie kami wat kat tepi pantai kuala linggi..
tempatnya sgt2 cantik
byk batu dan mudah tuk kami berlabuh..=)
sedang kami makan2 tuh dan bru jew nak potong kek..
ada la sorang makhluk Allah nie dtg mengacau kami..
ish geram sgt2
dia director filem..(xda arr glamour pon)
nak amik tmpt kmi coz nak shooting
ntah apa2 ntah
xnampak gaknyew owg ngah mkan nie
atas rs perikemanusiaan,,
kami bg jew diowg tue tmpt kmi dok..
tp tue x bermakna jamuan kmi dah berakhir..
sbb pas tue kami sume rmai2 dok kat pangkin
tinggi sgt2 pangkin tue
sambil makan,,sambil tgkp gambar..=)

hari yg pling gembira tuk sy..
dan kami lik kolej dalam kol 6 lebih...
yg penting mak dan abah tau yg haritue aku memang aku ada jamuan
aku x pencong tempat len pun,,
hehee..anak yg bek kan??
wakakaka

DiRiku Yg meNdUnG

bismillah + salamualaik...
lme da sy x wat new post..
sbb sy xleh men laptop slalu
nanti sy mesti terleka n malas nak blajar
apa yg pling teruk berlaku pd dri sy skrg...
"sy dilanda demam cAMpaK lagi"
huwaa,,rs macam nak nangis dan nak jerit kuat2...
kali nie ia(benda kat bdan sy nie) x braper nak sakit...
tapi ia sgt2 gatal..
nak garu...tp ana x bagi
dia kata nanti bertambah byk pula..
hmm,,nak x nak kna la tahan..
sejak akhir2 nie
saya perasan yang tahap antibodi saya amat lemah
saya slalu demam dan lambat sembuh..
dalam sakit2 cam nie,,ada gak benda nakal yg sy wat..
huhuhuuu..xleh nak citer,,nanti owg tau la kan
hmm,,sy harap sgt2 seseorg tue tanya kabar sy,,tp tue hanya angan2 sy jew
xkan jd kenyataan pon...
huhuhuu..
k laa,,kpd smua kwn2 @sesape jew yg view blog sy,,doakan sy cepat sembuh yer...
jumpa lagi.....

Sunday, April 19, 2009

masa utk simpan smua F.O.K.U.S

salamualaik
dgn penuh kerendahan hati dan penuh ngan rs keinsafan yg xterhingga
sy
"SURIYATI BTE KAMARUZZAMAN"
nk mohon maaf ats smua kslpan yg telah dilakukan pada smua yg dikenali n mungkin jga yg terkenali...hehehe
final exam da dekat sgt2
esok jew paper yg first
td sblm balik da salam mak daaa...
abah jew yg aku x jumpa
halaa,,touchy sgt2 sbb td abah da gerak g amik buah daa
hmm,,sy minta maaf yer kwn2
doakan sy dapat jwb exam ngan tenang
dan sy harap Allah permudahkan smua urusan sy
supaya sy blh jwb exam
supaya sy leh jwb exam
supaya sy leh jwb exam
amin.......
tuk smua kwn2 seperjungan,,,
jom smer2 kita usaha
dapatkan result yg terbaik tuk balas jasa
mak+ayah
huhuhuuu...
pasti berjaya=)

Wednesday, April 15, 2009

tinggalkan aku

bismillah + salamualaik
da lmer sgt x update blog..
terlalu byk perkara yg menuntut perhatian aku...
FINAL EXAM hnya tgl beberapa hari jer lg...
runsing sgt..dan teramat runsing...
hr nie aku nk kongsi cerita ttg seseorg..
dah 2 tahun pergi tinggalkan aku
tarikh nie juga 16/04 adlah tarikh yg penah wat aku rs sgt2
KESEPIAN
sbb aku telahpun ditinggalkan...
knp mesti tinggalkan aku???
saat aku msih lg belum kuat utk hidup tanpanya......
Tuhan,,belum sempat aku menghargai kasih
sayang insan pinjamanMu itu..
dia dah pergi..
seandainya masa blh diputar
aku harap aku akan berada bersama dia
bukan tinggalkan dia keseorangan...
dan dia juga tinggalkan aku akhirnya
betapa berharganya insan ini dlm hidup aku...
dia la insan yg pertama memanggil aku "manja"
sentiasa ada bila aku perlukan seseorg
tp aku terlalu byk menyakiti htnya..
maafkan aku
genap 2 tahun arwah WO tinggalkan aku
semoga Wo tenang di sana
amin...
al-fatihah........

Wednesday, April 8, 2009

FaMiLy DaY F.P.i

nie la acara terakhir yg aku n da group join...
acara boneka..
not bad,,tp kami kalah laa..
sedey jew
xper taun depan aku masuk lg=)
haaa,,nie plak acara tarik tali petang tue..aku terlebih bersemangat lak tuk jd penyokong mreka,,,


dan acara nie dimonopoli oleh hero-hero dip Kaunseling semester4..


hehe,,kuatnya mreka kan?


goo..gooo..chaaaiiyook dpik goooo!


time nieh aku join boling padang,,best yg amat laa..ada kew main gna kelapa,,bajet x menang,,tp alhamdulillah,,dapat gak no 2..huhuuhuuu




aku tetap gak chhhhhhhhhhhuuumeeel!

ok..nie ada anugerah2 tuk pensyarah...kami yg vote ssmpai la mereka menang=)




ketua kelas sy..ramzi razak..nie la gerai dpik 4 yg menang gerai terbersih..
kesimpulannya;
kat cni,,aku n da geng amat enjoy pada hr tue n byk gak duit kami yg lebur sbb dok syik beli burger dan air gerai dpik nieh..heheee...

Friday, April 3, 2009

TQ kaK LaDyiLa


halaaaa...comelnyer dia..=)



comel kan??? antra ciri bear yg paling aku suka ia cam nie la..ada bulu2 lembut,,kalo peluk mesti lena tdo..huhuuu

Aku sangat berterima kasih kpd kak Ladyila coz ada juga yg prihatin pada kehendakku yg satu nieh!!syukran ya ukhti=)



iNi Ker PengORbaNaN

Bile kite syg org tu Kiter terima je apa yg org tu kata Tp bile dia kata kite? Ati kate takpe manusia tak perfect Bile kite syg org tu Kita tnggu dia lame pn x per Tp bile dia tnggu kite???dia mrh2 Ati kate ala, adatlah ada yang mnnunggu n dtnggu Bile kite syg org tu Kite x tdo pn x pe lyn dia yg ngah bsn, Tp biler kite bosan Ada dia lyn kite? Ati kate x pe dia busy kott Bile kite syg org tu Kita gaduh ngan dia, kita diam je
Tp dia heboh 1 dnia Ati kate x pe, dia tension tuu Bile kite syg org tu Kita call nak ckp ngan dia Tp dia gayut dgn org lenn Bile jd cm2, Ati kata, x pe, die ade hal nk cakap dgn kwn die Bile kite syg org tu Kita bercerita dgn dia,citer ngan tunggul lg baik Tp biler dia bercerita ngan kita Kita dgr, sepatah2 kite ingt Ati kata x pe syg katakn… Bile kite syg org tu Kita n dia lpr Tp kiter bg sume roti kita kat dia Ati kata, ala jagalh ati dia, sian dia…. Bile kite syg org tu Kite sanggup bg dia rest bile dia letih, Tp bile kita letih, dia nak jugak kiter lyn dia bila dia bsn Adil ke? Ati kata, ala bukan selalu pun..
Bile kite syg org tu Kita jadi cam org gile dgr dia sakit, Tp bile kita sakit, Dia siap kuar ngan kwn2 dia meraikan hari kesakitan kita, Ati kata, ala x pe, x kn dia nak berkepit ngan kita 24 jam Bile kite syg org tu Kita x prnh pntingkan diri sndri Tp dia hpokrit thp gaban Ati kata x per, dia mmg cm2 kene lah trima.. Bile kite syg org tu Kite syg nk tngglkn dia slama2nya Tp dia x tahu kiter berdpn dgn maut, Wlpn kite sakit,dia kata kat kiter,sakit bese2 je, jgn nk mngarut Ati kata, cmnelah dia biler kite x de, msti dia hepi Bile kite syg org tu Kite x snggp tngk dia derita Tp dia x prnh hargai diri kite, Ati kata, tau x btapa kita syg kan dia?????????? Bile kiter syg org tu Kite snggup tngglkn dia selama2nya untk dia bhgia Tp adkh dia tahu pengorbanan kite?? Ati kata, x pe, janji dia bhgia ..

Thursday, April 2, 2009

tiada kata yang lebih baik lagi untuk sy....ungkapkan


salamualaik..


hmm,mgu nie adalah mgu paling bz yang penah aku lalui..

PILIHAN RAYA kolej..hihi..

aku jd TERamat la bz coz aku da tergolong dalam kalangan ahli JPR..

sgt laa penat,,stiap hr ada jew meetingnyer..

sampai mak kata "asyik meeting jew,,xbc bku kew???"

huhuu..manja baca bku la mak,,dont wori wokieh !!

xselesanya bila ada sesuatu yg ganggu sy..

sy xharap paper,,tp jgn la x sudi pandang sy lg..hmmm

abaikan jela statement tue k..

sy nk tdo..

sgt penat..

papi sumer...=)

Monday, March 30, 2009

TeLaH HiLaNg

]





hari nie,,aku nk mulakan posting aku ngan mood yg sgt2 sedey..
ada benda yg sgt2 berat aku pendam..

"aku da kehilangan sesuatu yg sgt2 aku suka dan aku xjumpa dia smpai sekarang"
huwaaa...maner nk cri dia nie??
selama nie,,aku jga dia bek2 dalam hati aku..
tibe2 ngan xtentu pasal dia hilang..
adush!!

maner kamu wahai "perasaan"???


saya nak kamu duduk dlm ht sy balik
jgn arr hilang dari sy
ana kata kalo nk dptkan ia semula

kna ada KESABARAN dan MASA yang lama...
tapi saya x sanggup kehilangan "perasaan" utk msa yg lama
sebab ia da sebati ngan dri sy..

tolonglah kembali!!!
sy rindukan awk wahai "
perasaan"


---->misz violet sedang berduka..



Saturday, March 28, 2009

maafkan aku


bismillah + salamualaik..
hari nie,aku still kat hostel tuk hjg minggu lg...
ntah naper aku xrs bosan sgt kali nie..
mungkin sbb hati aku sekarang nie xada apa2 perasaan
mereka yang terdekat dgn aku pasti tahu knp..
post nie aku wat actually sbb aku nk minta maaf pd seorang sahabat..
yg secara x langsung,, dia roomate aku juga,,,
hehee,,tau kan cper owgnyer??('',)
pd dia, aku minta maaf sbb da byk susahkan dia dgn mslh yg aku hadapi skrg
aku janji aku xkan bebankan dia dgn mslh2 mcm nie lg..
insyaallah...
trima kasih sbb slalu ada dgn aku bila aku keseorangan
kali nie, da masuk kali kedua kan??
aku cuma nk ckp kat dia aku syg dia dan
"aku tau aku selalu xprasaan org yg aku syg.."
p/s apa yg pentg aku highlight ngan warna merah..!
dia sgt sukakan benda yg cm bunga2 ckit, jd aku dedicate bunga nie khas tuk dia
aku xpandai nk tunjuk ksh syg aku pd dia
rasakn sendri k!!!

Friday, March 27, 2009

Allah Jadi Saksi




bismillah+salamulaik..

aku baru jew blik dr Majlis Maulidul Rasul kat Kg Pulau..

letih rsnya sebab setengah hr habiskan ms di sana..

tp alhamdulillah byk ilmu yg aku dapat...

apa yg aku nk crita sbnrnya...

AKU PADA MULANYA RASA DEMBIRA SGT!

tapi Allah pernah kata, Allah x janjikan hari2 tanpa air mata..

aku sedang bersedih hati..

knp hal nie mesti terjadi??

salah ker aku sbb ada perasaan nie?????

Ya Allah, berikan aku hidayahMu..

aku hanya hamba yg lemah dan hina

aku sangat2 x redha dgn apa yg berlaku hari nie=(





Allah jd saksi....27 Mac 2009..

tarikh yg buat hati aku berdegup kencang dan rasa x tenteram..

Wednesday, March 25, 2009

ke M.A.I.N.S




new generation of caunselor



suasana bilik kaunseling di MAINS







antrA contoh sesi kaunseling yg sdang berlaku



nie farkhan dan zul..mereka sedang tdo ,,
comel ker x??





Saya dan rakan2 bersama ketua pusat kaunseling MAINS




sebelum bertolak ke MAINS

Tuesday, March 24, 2009

DaRi HaNi

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.
Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.
CINTA
Ketika cinta memanggilku, maka aku akan melewatinya walau jalannya terjal berliku, jika cinta memelukku akan kudekap engkau walau pedang di sela-sela sayapnya melukaiku. Aku hanya ingin menyentuh tangan keabadian karena Cinta adalah satu-satunya kebebasan di dunia karena cinta itu membangkitkan semangat hidup-hidup ku dan gejala alami pun tak mampu mengubah perjalanannya.

Jika cinta tidak dapat mengembalikan engkau kepadaku dalam kehidupan ini, pastilah cinta akan menyatukan kita dalam kehidupan yang akan dating, dan atas nama cinta aku bersumpah hanya akan menyanjung cinta dan mencintaimu. Cinta adalah kesesuaian jiwa dan jika itu tak pernah ada, cinta tak akan pernah tercipta dalam hitungan tahun bahkan abad. terbalut dalam kerendahan hati walaupun harus bersembunyi dan bergerak dalam kegelapan aku takkan lari demi cinta.

Pertama aku mencintai kau yang pertama adalah imaginasinya dan yang kedua adalah yang belum dilahirkan. Aku hanya mencintaimu kekasihku, walaupun aku tak tahu ini adalah takdir. Kita akan selalu bersama dan tidak akan ada yang memisahkan cintaku atasmu.
Suara kehidupanku meski tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu tapi aku akan bicara untuk dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu.

Aku mencintaimu kekasihku. Keindahan adalah cintaku kan ku buka tabir penutup wajah, dan kau adalah kehidupanku itu, kau cadar itu. Kau adalah keindahan keabadian yang termangu di depan cermin, dan kau adalah keabadian itu, kaulah cermin itu.

Rumahmu tak akan menjadi sebuah sangkar, melainkan tiang utama sebuah kapal layar tuk menuju bahtera cinta yang abadi
Aku ingin mencintaimu dengan sederhana... seperti kata yang tak sempat diucapkan kayu kepada api yang menjadikannya abu... Aku ingin mencintaimu dengan sederhana... seperti isyarat yang tak sempat dikirimkan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada.

Aku hanya ingin bahagia, Kekasihku karena kita diikat bersama dalam cinta. Hanya dengan cinta yang indah... kita dapat bertahan terhadap derita kemiskinan, pahitnya kesedihan, dan duka perpisahan, apa yang telah kucintai laksana bunga-bunga indah... dan apa yang kucintai kini... akan kucintai sampai akhir hidupku, karena kau ialah semua yang dapat kucapai... dan tak ada yang akan mencabut diriku dari padanya.

Cinta yang dibasuh oleh airmata akan tetap murni dan indah sentiasa. Seorang wanita yang telah dilengkapi oleh Tuhan dengan keindahan jiwa dan raga untuk ku cintai, yang sekaligus nyata dan maya, yang hanya bisa aku fahami dengan cinta kasih, dan hanya bisa aku sentuh dengan kebajikan.

Tuhan telah menyalakan obor dalam hatiku yang memancarkan cahaya pengetahuan dan keindahan, sungguh berdosa jika aku memadamkannya dan mencampakkannya dalam abu.
Kekuatan cintaku adalah anugerah terbesar yang diberikan Tuhan kepadaku, sebab kekuatan itu tidak akan pernah direnggut dari manusia penuh berkat yang mencinta.

Aku tidak dapat menuai cinta sampai ku merasakan perpisahan yang menyedihkan, dan yang mampu membuka fikirannya, merasakan kesabaran yang pahit dan kesulitan yang menyedihkan.

Ketika aku berdiri bagaikan sebuah cermin jernih di hadapanmu, kamu memandang ke dalam diriku dan melihat bayanganmu. Kemudian kamu berkata, "Aku cinta kamu." Aku hanya ingin kau mencintai dirimu dalam diriku.

Sejatinya Cinta baik dibumi maupun dilangit adala karunia Illahi semata, waspadalah terhadap cinta !, cinta akan memakan hati seperti api memakan kayu.
Apakah aku akan menemukan cinta ? sedangkan ujian belum aku tempuh. Apa yang aku simpan untuk diriku akan lenyap, dan apa yang aku berikan kepada yang lain akan aku miliki selamanya.

Ya Allah….. dimana lagikah dapat kutemui Cinta Sejati kecuali pada cinta-Mu, kemana lagikah hati ini harus berlabuh kecuali pada kasih-Mu, jadikanlah hati yang lemah ini hanya tertambat kukuh hanya pada-Mu.
Didalam seribu mimpiku yang bertabur sepi yang mengantar kepada-Mu, aku hanya ingin ampunan dan terangilah jalanku.
Meski didunia ini tiada yang sempurna, aku hanya memohon dalam taubatku untuk diterangi jalanku.

Ku persembahkan semuanya hanya kepada-Mu, dalam jalanku yang rapuh membuka mata hati mungkin aku telah lupa dalam lelah dan resah kuteteskan air mata kubersujud kepada-Mu.
Kuserahkan semua cintaku yang tak setia dan tak sempurna ini hanya kepada-Mu. Aku hanya mohon redha atas segenap keputusan-Mu, kesejukan setelah matiku, kenikmatan untuk memandang cinta dan kerinduan terhadap cinta.

Ampunilah diri yang tak berharga ini ya Allah….. penuhilah kehinaannya dengan keindahan magfirohmu, semua canda tangis dan tawa terlukis dalam hidupku, sebuah usaha akan aku lakukan untuk belajar mengarifi hidup dari jatuh bangunnya diri meraih segenggam cinta…. Yang memberi kekayaan bathin kepadaku, betapa penuh warna perjalanan hidup ini karena cinta yang ada pada diriku adalah fitrah-Mu.

Thursday, March 19, 2009

no entry



biar gambar yg menceritakannya....




sesuatu yg ingin sy jauhi,,
tapi titisan itu tetap ada..




yg memujuk hati saya..

Wednesday, March 18, 2009

Di SiNi Kuberjanji Disaksi Rembulan~~L.O.V.e

Andainya ku pergi dulu
Jikalau ku pergi dulu
Ku nantimu di pintu syurga

Pasangan yang bercinta, mereka mencari syurga. Mencari bahagia dan kepuasan santapan jiwa. Biar runtuh awan di langit, biar gegar di lantai bumi, lautan api sanggup direnangi. Itulah kuasa cinta. Pengorbanan yang ditawarkan demi sebuah cinta, yang menjanjikan bahagia.

Tiada insan yang sengaja mencari derita. Seperti ikan mencari air, si dahaga mendamba seteguk minum, mata mengantuk mencari bantal, demikianlah setiap insan mengerumuni cinta. Demi sesuatu yang menjanjikan bahagia.


Namun dalam asyiknya manusia bercinta, di kala itu jualah manusia semakin derita. Rumahtangga musnah, hidup berantakan. Tatkala inai masih di jari, anak belum pun sempat berdiri, tiang rumah dan tangga cinta roboh dirempuh badai.

Luar biasa

Mereka bukan dipaksa menerima. Kahwin itu bukan kahwin dera atau kahwin paksa. Ia adalah cinta sama cinta, suka sama suka. Jika kedua belah pihak sudah saling menerima dan kenal isi kulit pasangan sehati sejiwa, di manakah cacat di manakah celanya hingga hujan tidak sempat menunggu petang?

Bukankah syurga dunia yang dibina itu mahu dilangsungkan hingga ke Syurga Sana?

43_67

Pada hari itu teman-teman akrab setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang perhubungannya berdasarkan Taqwa [al-Dzukhruf 43: 67]

Itulah realitinya.

Bahawa biar sehangat mana pun cinta yang membakar perhubungan dua insan yang berkasih sayang, mereka akan menjadi musuh di antara satu sama lain di padang Mahsyar. Jika dahulunya mereka menolak pertolongan yang ditawarkan demi kebahagiaan sebenar, hari itu mereka pula saling bermusuh dengan permusuhan yang tidak lagi mampu ditolong.

Mengapa cinta menjadi permusuhan?

Apakah yang menguji manusia di Mahsyar hingga pasangan yang akrab menjadi musuh yang saling mementingkan diri?

Sesungguhnya Mahsyar itu mengheret manusia kepada sebuah TEKANAN. Itulah ujian terbesarnya. Segala yang didustakan selama ini terbentang di depan mata. Barulah kelihatan kesan segala perbuatan. Bahawa dunia memang sementara, namun kesan amal berkekalan selamanya. Dan hari Mahsyar itu setiap insan berada di bawah TEKANAN yang maha dahsyat.

Ibu sanggup menggadaikan anak demi untuk menyelamatkan diri.

Dua kekasih sanggup mengorbankan pasangannya demi terbebas dari seksaan yang sedang menanti.

Dalam keadaan yang begitu terdesak dan penuh tekanan, cinta berubah menjadi permusuhan. Dua kekasih saling menyerang pasangan masing-masing, mementingkan diri, demi sebuah keselamatan.

Kecuali manusia bertaqwa.

Wahai pasangan yang bermadu kasih, ingatkah kalian pada khutbah yang mengiringi lafaz AKU TERIMA NIKAHNYA suatu hari dahulu? Tiga ayat yang dibacakan kepadamu, segalanya berbicara tentang TAQWA.

Khutbah nikah

Pesan itu adalah pesan Tuhanmu. Pesan yang disampaikan di lisan Nabimu. Pesan yang diperpanjangkan kepada khutbah nikahmu. Bahawa tiada bahagia tanpa taqwa. Hanya derita pemusnah cinta, manusia tersungkur di pantai derita, meneguk neraka dunia sebelum Neraka di Sana.

Neraka dunia yang menghancurkan bahagia datang bersama tekanan. Ujian yang amat menghimpit beban. Soal anak, soal pekerjaan, soal keinginan, soal ketidakpuasan, soal kemahuan, soal kesangsian. Rumahtangga yang belayar di tasik madu, menjelang senja dihiris sembilu.

“Lepaskan saya. Saya sudah tidak sanggup lagi,” bentak isteri yang terbeban oleh tekanan perasaan.

“Sabarlah isteriku. Mari duduk mencari petunjuk,” pujuk suami dengan linangan air mata.

Anak-anak menggeletar terperosok di sudut gementar. Melihat ayah dan ibu bergaduh cakar mencakar.

“Bukankah kami hadir kerana cintamu?” bisik si anak kepada hatinya, merayu kepada Tuhan agar mendamaikan sepasang insan tempat dirinya berpaut hidup.

“Sudah-sudah. Tidak perlu dibincang-bincangkan lagi. Lepaskan saya. Hantarkan saya balik ke rumah emak di kampung!” si isteri terus mengamuk.

“Bagaimana dengan anak-anak kita?” suami merenung wajah anak-anak yang kebingungan. Terasa hangat pipi dihujani hiba.

“Semuanya salah abang. Sudah berapa kali saya beri peluang. Abang masih tidak berubah. Abang bekerja untuk keluarga, hingga hancur keluarga. Kalau selama ini kami bahagia tanpa abang, kenapa perlu lagi saya menderita menanti abang. Saya ada cita-cita sendiri!” si isteri mengesat wajahnya dengan lengan. Kata-katanya penuh simpang siur perasaan. Tidak pasti apa yang dimahukan.

Kecuali sebuah penceraian…

SUATU HARI NANTI

Suatu hari nanti
Kau akan tahu sucinya cintaku
Kau akan menyesal
Dan kau sebut namaku selalu

Suatu masa nanti
Kan terhurai segala rahsia
Bahawa cintaku kepadamu
Abadi selamanya

Kau akan menangis
Menatap gambarku
Gambar-gambar kita
Pasangan yang istimewa

Oleh itu kasih
Janganlah terburu
Jangan ikut rasa
Kelak jiwa kan merana

Perkara yang kecil
Jangan suka dibesar-besarkan
Perkara yang samar
Jangan pula dibenar-benarkan

Usahlah dibunuh
Kecintaan ini
Biarkan bersemi
Sampai kekal dan abadi

Lagu dan Lirik: Suhaimi Mior Hassan

Tekanan bukan sahaja menjadikan seorang kekasih memusuhi kekasihnya di Akhirat, bahkan tekanan itu juga menghilangkan cinta tatkala menempuh kehidupan dunia. Hingga tidak sempat-sempat menuju penceraian, semata-mata ingin lari daripada sebuah tekanan.

Itulah yang banyak berlaku hari ini.

Pelik sekali, setelah ghairah bercinta kita melangkah ke alam rumahtangga. Belum sempat anak membesar bergegas pula menuju penceraian. Dan janggal sekali, selepas bercerai barulah timbulnya damai. Boleh keluar makan bersama, boleh bergilir melayan anak-anak. Suami isteri payah serasi, biar sekadar teman yang mesra. Semuanya kerana gagalnya manusia, menguruskan tekanan, realiti kehidupan.

Justeru wahai insan yang mabuk cinta, siasatlah benang yang menyulam kasihmu. Apakah ia sebuah taqwa, atau cinta buta yang tidak berpijak di bumi nyata? Sesungguhnya cinta yang tidak bersendikan taqwa adalah cinta yang berakhir dengan permusuhan. Jika tidak di neraka dunia, pastinya Neraka abadi di alam Sana.

43_67

“… kecuali orang-orang yang bertaqwa” [al-Dzukhruf 43: 67]

43_68-70

“(Mereka diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firman-Nya): “Wahai hamba-hambaku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan dan kamu pula tidak akan berdukacita. (Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh.(Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): “Masuklah kamu ke dalam syurga bersama-sama isteri-isteri kamu, dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan” [al-Dzukhruf 43: 68-70]

Tidak mungkin Syurga di Akhirat menjadi habuan kita, andai dunia bersalut neraka. Dunia ladang Akhirat, apa yang disemai pada hidup yang sementara ini, itulah tuaian di Akhirat yang kekal abadi.

Berjuanglah berbekalkan taqwa untuk mengharungi epilog sebuah cinta, hingga terkecap syurga dunia.

Berjuanglah sampai mengecap bahagia perjuangan, rumahku syurgaku, baiti jannati…

Kejayaan bukan sebuah destinasi, ia adalah sebuah perjalanan.

Bercintalah sampai ke Syurga, wahai dua insan bercinta.

Monday, March 16, 2009

PasRaH

semalam..

sahabat aku dapat tau yg selama nie orang yg dia suka dan orang yang dia sayang tue,, telahpun dijodohkan oleh parentsnya dengan orang lain..

dan akan bertunang selepas habis belajar...

hmm,,xtau dah nak ckp apa..

dan dalam masa yang sama,, insan yg sahabat aku sayang tue ada juga org lain yg sayangkan dia..

hebatnya dia kerana disayangi oleh ramai orang...

aku da bluurr jer..

nak kata apa lagi kan??

lebih baik aku senyap dan dengar jer apa yang dia nak kata..

kalau fikir sesingkat yg mungkin,,memang nak jer kata..

"sapa suh tak bgtau kat dia..hahahaaa..padan muka.."

redha jelah..

Saturday, March 14, 2009

PaGi Di SiNi

Sayangi KU kerana itulah diriKU..

hahhaa


CAMAT PAGI SUMAAAA!

Aku tau skrg nie da amat2 la terlajak pagi nyer...


tapi sbb aku bru jer golek tok bgn ,,jd aku anggap hr nie masih PAGI WOKIEH!

lalalaa....

hari nie im waiting my mummy dtg tuk meninjau anak yg CHHHUUUMEEL disini..

ahaaaaksz!!!

memg comel wokieh!

aku xtau da nak merapu apa kat cnie,,,,

da la da aku nk tnya benda alah nie,,

ada x sesepa yg kat luar sana yg secara terbuka nak tlg aku basuh kan EN KATAK nie??

ia da smakin x wangi..

hahahaaa...

Friday, March 13, 2009

KaSiH SaYaNg

kasih sayang ALLAH kepada kita hambaNya

Firman ALLAH s.w.t :

"hai malaun (iblis)! demi kemuliaan dan kebesaranKu,,Aku anugerahi umat Muhammad dengan 2 kebahagiaan "

1- kasih sayang mereka kepadaKu sebagai pengkifarah bagi maksiat mereka kerana tipudaya iblis

2- kemarahan mereka kepadaMu (iblis) , aku jadikan kifarah di atas perbuatan maksiat mereka kepadaku

Meskipun saban hari kita sering melakukan maksiat kpd ALLAH,,Tuhan yang Maha Esa,,
tapi ALLAH masih mengampunkan segala dosa yang telah kita lakukan,, malah terdapat banyak nikmat yang dikurniakan kepada kita..

"aku juga xlepas melakukan kesalahan dan dosa,,tapi aku tetap bermohon pd ALLAH semoga aku sentiasa terpelihara dari perkara2 maksiat dan semoga ALLAH tetapkan hati dan Cinta aku hanya pdNya dan hanya pd insan pilihanNya.."

amin ya rabbal alamin..

WinDuUu



bismillahirrahmanirrahim..

salamualaik..

pas saya golek2 kat cnie,,

saya da rasa amat2 pasti yg skrg nie adalah orang yang paling KEBOSANAN skalii...

huwaaaa..feel maun nangis sjer...

saya xsuka dok kat kolej nie...

BOHSAN amat BOHSAN!!!!

mummmyyy,,saya maun abalik umah....

EEEEEEEEEEEEeeeiii saya da xtau nak kata BOHSAN tue cam ner lagi daaa nie..

apa saya nak uat nie????

benci betul laaa,, xsuka dok kat KOOOLLLEEEJ INI WOKIEH!

muka pun da jd xcomel kerna tekanan cam gnie..

rimasnya sayaaaaaaaaaaa!

Tuesday, March 10, 2009

Kenapa Saya Diberikan Sahabat Seperti DIA?


saya sgt2 rasa tention hari nie..

kena maigrain lagi..

then ada masalah dengan sahabat saya sampai saya rasa teramatlah benci dan akhirnya saya pun amik keputusan untuk mematikan HP saya...

dalam sakit2 kepala tue,, macam2 tekanan yang saya terima..

dan tiba2 saya dapat panggilan tpn bhwa Abang sepupu saya telah kembali ke rahmatullah..

takziah buat kak melati sekeluarga dan saya berdoa agar Allah sentiasa melindungi mereka dan semoga Allah beri kekuatan kepada kak melati untuk meneruskan hidup..

juga membesarkan anak2nya dengan baik..

saya jugak rasa sedikit tercabar bila secara tiba2 saya mendapat seorang sahabat baru..

namanya dirahsiakan,,,

yang peliknya, sahabat saya nie agak kasar orgnya..

dalam hati saya da niat nak cuba ubah sahabat saya nie ke arah yang +ve dan saya sangat2 yakin Allah akan bantu saya..

kepada sahabat yang saya gelarkan dia "pelik",,
saya harap kamu akan berubah satu hari nanti..

saya yakin kamu boleh berubah..
jangan kerana seorang wanita hati kamu jadi mati..

perlu kamu ingat bahawa Allah telah menciptakan seorang insan yg lebih baik untuk kamu..

janji ALLAH itu pasti..

selamat malam semua=)

Sunday, March 8, 2009

Jangan Di Sakiti Hatinya..



xtau nak kata apa..

tapi saya nak minta pandangan sesaper...

apa yang akan KORANG BUAT SEANDAINYA SAHABAT KORANG MENYAKITI HATI IBU@MAK KORANG

SEHINGGA IBU@MAK KORANG MENITISKAN AIR MATA???


sekarang nie saya feel so bad..

xtau dah nak kata apa lagi..

di sini ibu,, di sana sahabat..

apa yg saya nak cakap : melukai hati orang yang saya sayangi sama seperti kamu melukai hati saya..

sampainya hati orang tue kan..

sangat jahat...

Tuesday, March 3, 2009

hari nie saya ceria sangat

saya xtau aper mood sy dan saya pun dapat idea utk mengupdatedkan gambar kawan-kawan saya yang cam sengal2 ckit dalam blog nie dan juga gambar2 program yg pernah sy ikut...
just chek it out!!!


sayang ayah dan bonda


sedikit juadah buat ayah dan bonda di Rumah Seri Kenangan Cheng


menghormati orang yang lebih tua itu perlu=)


P.A.Y.A.S.U.M



lecturer yg paling sempoi dan sangat2 disayangi..


sifat regresi mereka masih menebal kan???


sy tgk diorang da mcm bakal warga Hospital Permai jer..jgn mrh;p


Hospital Permai Tampoi, Johor Bahru..


cam budak-budak jer bapak-bapak budaak nieh..hahaha



wakil-wakil ahli dewan parlimen yang baru_right??




budak-budak sengal dip kaunseling

renung-renungkan

"bertolong-tolonganlah kamu membuat kebaikan dan janganlah kamu bertolong-tolongan membuat kejahatan"

banyak ilmu yg aku dpt hr nie dan insyaallah aku aku praktikkannya..
syukran Ya Allah kerana aku antara insan terpilih itu..

my daisypath

Daisypath Vacation Ticker

Al Quran..cahaya hati