Tuesday, August 19, 2008

Semalam vs Kelmarin


A : Semalam aku nampak kau dengan awek aku kat sinepleks.

B : Betul ke keu nampak?

A : Betul. Aku nak tegur, tapi engkau berdua jalan laju sangat dan masuk Teater 2, aku masuk Teater 3.

B : Tapi semalam aku tak pergi tengok wayang, aku tidur aje di rumah.

A : Sahihlah. Aku cam awek kau tu. Dia pandang kat aku. Engkau masa tu pandang ke lain. Memanglah aku tak nampak mukma engkaudan orang pula ramai, tapi aku cam awek kau tu..

B : Betul ker? Tapi semalam aku memang tak keluar rumah.

A : Habis awek kau tu keluar dengan orang lain ker?

B : Ini yang aku hangin nih! Siang dah tengok wayang dengan aku, malam pergi lagi dengan budak lain.

A : Malam tadi dia pergi lagi?

B : Eh, tadi kau juga yang kata jumpa dia semalam?!

A : Memang aku jumpa dia semalam. Tapi siang, bukan malam.

B : Ooo.., kelmarin. Kalau kelmarin memang aku ada keluar dengan dia.

A : (Dalam hati) Apalah dia ni, orang kata semalam dia kata kelmarin.



sedikit informasi : Bagi dialek utara dan Kelantan, semalam bermaksud malam tadi dan kelmarin adalah hari sebelum hari ini. Bagi tempat-tempat lain, semalam bermaksud sehari sebelum hari ini dan kelamarin beraksud dua hari yang lalu=)


khusus buat sahabat-sahabatku yang bergelar muslimah...
Jadilah seperti mawar berduri..
cantik bila dipandang..tapi sukar untuk dipetik...
warnanya yg memikat hati..tapi bahaya,,pastikan tercedera tangan si pencuri jika dicuri...

renung-renungkan

"bertolong-tolonganlah kamu membuat kebaikan dan janganlah kamu bertolong-tolongan membuat kejahatan"

banyak ilmu yg aku dpt hr nie dan insyaallah aku aku praktikkannya..
syukran Ya Allah kerana aku antara insan terpilih itu..

my daisypath

Daisypath Vacation Ticker

Al Quran..cahaya hati