Thursday, August 14, 2008

Aku Ingin Beli Masa Ayah

Seperti biasa Harith, ketua jabatan di sebuah perusahaan swasta terkemuka tiba di rumahnya pada pukul 11 malam.Tidak seperti biasanya, Hadi, putera pertamanya yang baru belajar di tahun dua membuka pintu. Hadi nampaknya sudah menunggu cukup lama.
”Eh, kenapa belum tidur lagi?” sapa Harith sambil mencium anaknya. Biasanya Hadi memang sudah lelap ketika dia pulang dan baru terjaga ketika dia berangkat ke pejabatnya pada pagi hari.
Sambil mengekori ayahnya menuju ke ruang tamu, Hadi menjawab, “Hadi tunggu ayah pulang sebab Hadi mahu Tanya berapa gaji ayah?” “Gaji ayah? Ini mesti mahu minta duit lagi kan?” “taklah ayah. Saja Hadi mahu tahu ”. ”Ok, Hadi boleh hitung sendiri. Setiap hari ayah bekerja lebih kurang 10 jam dan dibayar RM 400. Setiap bulan ayah bekerja selama 25 hari, jadi gaji ayah dalam sebulan berapa?”
Hadi berlari sambil mengambil kertas dan penselnya dari meja belajar. ”Kalau satu hari ayah dibayar RM400 untuk 10 jam, beerti satu jam ayah menerima gaji RM40,” katanya. ”Pandai anak ayah. Sudah, sekarang cuci dan kaki masuk tidur, ” perintah Harith. Tetapi Hadi tidak berganjak. Hadi kembali bertanya, ayah boleh tak kalau Hadi nak pinjam duit ayah RM10?” ”Buat apa minta duit malam-malam macam ni? Janganlah macam ni, Hadi pergi tidur. Ayah sudah penat ni. Ayah nak mandi, lepas tu ayah nak tidur, esok ayah nak kerja lagi. Hadi pun pergi tidur ye. Esok nak sekolah.” ”Tapi ayah.........” Kesabaran Harith sampai ke kemuncak.
”Ayah kata tidur!” herdiknya mengejutkan Hadi. Anak kecil itu pun berlari menuju ke kamarnya. Usah mandi, Harith diburu rasa menyesal. Sebelum tidur, dia menjenguk bilik tidur Hadi. Anak kesayangannya itu sedang menangis. Di tangannya ada wang kertas RM10. Harith menghampiri si anak dan baring di sisinya sambil berkata, “Maafkan ayah nak. Ayah sayangkan Hadi. Tapi buat apa Hadi minta duit malam-malam begini? Kalau mahu beli mainan, esokkan boleh.jangankan RM10, lebih dari itu pun ayah boleh bagi. ”
”Ayah, Hadi bukan minta duit ayah,Hadi cuma nak pinjam je. Nanti bila tabung Hadi dah cukup, Hadi bayarlah balik dekat ayah.” Iyalah, tapiyang tulus ikhlas tu jauh lebih berharga bagi anak-anak jika dibandingkan dengan barang-barang mainan, telefon bimbit, atau yang lain-lain lagi.
”Habis tu Hadi ank buat apa dengan duit tu?” Tanya Harith lembut. “Hadi tunggu ayah dari pukul 8 lagi. Hadi nak ajak ayah main ular tangga. Tiga puluh minit jer. Ibu selalu cakap masa ayah berharga. Jadi Hadi mahu beli waktu ayah. Hadi buka tabung tapi ada RM10 je. Tapi sebab ayah cakap satu jam ayah dibayar RM40, kalau setengah jam RM20. Duit tabung Hadi kurang RM10. Hadi nak pinjam daripada ayah,” kata Hadi polos. Harith terdiam. Dia kehilangan kata-kata. Dipeluknya anak kecil itu erat-erat.

p/s: kasih sayang
begitulah...betapa saat ini ramai anak-anak yang merindukan saat-saat untuk meluangkan masa bersama dengan ibu bapa..kasih sayang lebih bernilai dari segalanya..

No comments:

renung-renungkan

"bertolong-tolonganlah kamu membuat kebaikan dan janganlah kamu bertolong-tolongan membuat kejahatan"

banyak ilmu yg aku dpt hr nie dan insyaallah aku aku praktikkannya..
syukran Ya Allah kerana aku antara insan terpilih itu..

my daisypath

Daisypath Vacation Ticker

Al Quran..cahaya hati