Tuesday, August 19, 2008

Semalam vs Kelmarin


A : Semalam aku nampak kau dengan awek aku kat sinepleks.

B : Betul ke keu nampak?

A : Betul. Aku nak tegur, tapi engkau berdua jalan laju sangat dan masuk Teater 2, aku masuk Teater 3.

B : Tapi semalam aku tak pergi tengok wayang, aku tidur aje di rumah.

A : Sahihlah. Aku cam awek kau tu. Dia pandang kat aku. Engkau masa tu pandang ke lain. Memanglah aku tak nampak mukma engkaudan orang pula ramai, tapi aku cam awek kau tu..

B : Betul ker? Tapi semalam aku memang tak keluar rumah.

A : Habis awek kau tu keluar dengan orang lain ker?

B : Ini yang aku hangin nih! Siang dah tengok wayang dengan aku, malam pergi lagi dengan budak lain.

A : Malam tadi dia pergi lagi?

B : Eh, tadi kau juga yang kata jumpa dia semalam?!

A : Memang aku jumpa dia semalam. Tapi siang, bukan malam.

B : Ooo.., kelmarin. Kalau kelmarin memang aku ada keluar dengan dia.

A : (Dalam hati) Apalah dia ni, orang kata semalam dia kata kelmarin.



sedikit informasi : Bagi dialek utara dan Kelantan, semalam bermaksud malam tadi dan kelmarin adalah hari sebelum hari ini. Bagi tempat-tempat lain, semalam bermaksud sehari sebelum hari ini dan kelamarin beraksud dua hari yang lalu=)


khusus buat sahabat-sahabatku yang bergelar muslimah...
Jadilah seperti mawar berduri..
cantik bila dipandang..tapi sukar untuk dipetik...
warnanya yg memikat hati..tapi bahaya,,pastikan tercedera tangan si pencuri jika dicuri...

Thursday, August 14, 2008

Aku Bahagia Menjadi Seorang Muslimah


alahai Menantuku...

pak kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. suatu hari datang la seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim. beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat. setelah 3 hari berkahwin.. seman masih duk kat umah mentuanya. setelah azan maghrib berkumandang..pak kasim mengajak seman utk solat maghrib berjamaah. seman gelabah.. sebelum ini dia tak pernah solat. lalu seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. "yang.. camner ni.. abg tak penah solat ni" "takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat" isterinya berbisik perlahan.. seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim. setelah pak kasim takbir.. seman ikut takbir...lalu pak kasim membaca surah alfatihah.. "bismillahirrahmanirrahim..." seman pun turut membaca bismillah dengan lantang... "bismillahirrahmanirrahim..." aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut? setahu aku imam je yg baca kuat.. getus hati pak kasim.. pak kasim buat selamba. dia terus membaca surah al-fatihah. seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji. pak kasim pelik.. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat seman. seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah pak kasim. "ish! gila ke menantu aku ni??" pak kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari seman. seman turut berjalan ke depan mengikut langkah pak kasim. pak kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya. seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi sawah. tiba-tiba pak kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir. pak kasim pun terus bertanya kepada seman. "seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?" "ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau. sampai kena berlari.."


hahaha=)

Aku Ingin Beli Masa Ayah

Seperti biasa Harith, ketua jabatan di sebuah perusahaan swasta terkemuka tiba di rumahnya pada pukul 11 malam.Tidak seperti biasanya, Hadi, putera pertamanya yang baru belajar di tahun dua membuka pintu. Hadi nampaknya sudah menunggu cukup lama.
”Eh, kenapa belum tidur lagi?” sapa Harith sambil mencium anaknya. Biasanya Hadi memang sudah lelap ketika dia pulang dan baru terjaga ketika dia berangkat ke pejabatnya pada pagi hari.
Sambil mengekori ayahnya menuju ke ruang tamu, Hadi menjawab, “Hadi tunggu ayah pulang sebab Hadi mahu Tanya berapa gaji ayah?” “Gaji ayah? Ini mesti mahu minta duit lagi kan?” “taklah ayah. Saja Hadi mahu tahu ”. ”Ok, Hadi boleh hitung sendiri. Setiap hari ayah bekerja lebih kurang 10 jam dan dibayar RM 400. Setiap bulan ayah bekerja selama 25 hari, jadi gaji ayah dalam sebulan berapa?”
Hadi berlari sambil mengambil kertas dan penselnya dari meja belajar. ”Kalau satu hari ayah dibayar RM400 untuk 10 jam, beerti satu jam ayah menerima gaji RM40,” katanya. ”Pandai anak ayah. Sudah, sekarang cuci dan kaki masuk tidur, ” perintah Harith. Tetapi Hadi tidak berganjak. Hadi kembali bertanya, ayah boleh tak kalau Hadi nak pinjam duit ayah RM10?” ”Buat apa minta duit malam-malam macam ni? Janganlah macam ni, Hadi pergi tidur. Ayah sudah penat ni. Ayah nak mandi, lepas tu ayah nak tidur, esok ayah nak kerja lagi. Hadi pun pergi tidur ye. Esok nak sekolah.” ”Tapi ayah.........” Kesabaran Harith sampai ke kemuncak.
”Ayah kata tidur!” herdiknya mengejutkan Hadi. Anak kecil itu pun berlari menuju ke kamarnya. Usah mandi, Harith diburu rasa menyesal. Sebelum tidur, dia menjenguk bilik tidur Hadi. Anak kesayangannya itu sedang menangis. Di tangannya ada wang kertas RM10. Harith menghampiri si anak dan baring di sisinya sambil berkata, “Maafkan ayah nak. Ayah sayangkan Hadi. Tapi buat apa Hadi minta duit malam-malam begini? Kalau mahu beli mainan, esokkan boleh.jangankan RM10, lebih dari itu pun ayah boleh bagi. ”
”Ayah, Hadi bukan minta duit ayah,Hadi cuma nak pinjam je. Nanti bila tabung Hadi dah cukup, Hadi bayarlah balik dekat ayah.” Iyalah, tapiyang tulus ikhlas tu jauh lebih berharga bagi anak-anak jika dibandingkan dengan barang-barang mainan, telefon bimbit, atau yang lain-lain lagi.
”Habis tu Hadi ank buat apa dengan duit tu?” Tanya Harith lembut. “Hadi tunggu ayah dari pukul 8 lagi. Hadi nak ajak ayah main ular tangga. Tiga puluh minit jer. Ibu selalu cakap masa ayah berharga. Jadi Hadi mahu beli waktu ayah. Hadi buka tabung tapi ada RM10 je. Tapi sebab ayah cakap satu jam ayah dibayar RM40, kalau setengah jam RM20. Duit tabung Hadi kurang RM10. Hadi nak pinjam daripada ayah,” kata Hadi polos. Harith terdiam. Dia kehilangan kata-kata. Dipeluknya anak kecil itu erat-erat.

p/s: kasih sayang
begitulah...betapa saat ini ramai anak-anak yang merindukan saat-saat untuk meluangkan masa bersama dengan ibu bapa..kasih sayang lebih bernilai dari segalanya..

SENYUM SEJENAK=)

CERITA TENTANG SURAT

Tiga orang suri rumah tangga sedang berbual tentang anak masing-masing. Kebetulan anak-anak mereka semua bersekolah di sekolah asrama penuh.
”Anak saya tu, setiap kali kirim surat, hampir separuh daripada isi surat itu dia tulis tentang rindu sayalah, teringatkan keluargalah, teringatkan rumah dan macam-macam lagi,” kata suri rumah yang pertama.
”Aanak saya lagi hebat. Setiap kali dia kirim surat, kalau surat itu empat helai, dua helai surat sudah tentu dia akan bercerita tentang seronoknya tinggal di asrama tu, ” kata suri rumah yang kedua.
”Kalau macam tu,anak saya lagi hebat,” kata suir rumah yang ke tiga. ”Setiap kali anak saya tu menulis surat, dari awal sampai akhir dia pasti akan mengingatkan saya agar jangan lupa kirimkan duit untuknya!!”=)

Thursday, August 7, 2008

dari sahabat untuk sahabat...

hAri nie,,aku daapat satu berita yang gembira,,tapi dalam masa yang sama aku jugak sedih..huhuhuu...nak nangis jerk. secara tak sengaja hari nie aku dapat tau salah seorang sahabat aku akan pergi ke tanah suci untuk menunaikan umrah..itu sememangnya merupakan harapan siap umat islam yang beriman kepade penciptanya yang satu. Aku juga ada keinginan untuk sampai ke sana kelak..insyaallah jika ada rezeki. berita yang dia akan menunaikan umrah memang mengembirakan,,tapi aku rasa sedih sebab dia akan tinggalkan aku dan sahabat yang lain. Walaupun hanya untuk satu tempoh masa yang pendek,,api aku pasti akan merinduinya,,,rasanya tak perlu aku nyatakan namanya di sini..biarlah rahsia.hehehe..detik perkrnalan aku yang bermula kat KTIAM aku anggap sebagai satu yang sangat manis dan bermakna dalam hidup aku,,termasuk juga cousin yang memang aku sayangi dan juga seorang lagi yang aku gelar sebagai rara=)

ukhwah yang terbina antara kami sangat2 kuat sehinggakan aku rasa tak sanggup untuk menyakiti atau meukai hati slah seorang dari mereka..

buat sahabatku "bintun jamal",,semoga pemergianmu ke sana berjalan lancar,,selamat kamu pergi dan selamat kamu kembali...aku akan sentiasa merindui kamu...

aku harap,,kesihatan kamu baik2 sahaja di sanaa...aku takut aku akan meindui kamu seperti mana aku merindui wo dulu...tak nak nangis lagi da...aku sayang kamu dan harap ukhwah ini kekal hingga ke akhir hayat....aminnn

Saturday, August 2, 2008

teman.....


Ada masa kita perlu menangis agar kita tahu dunia ini bukan


hanya untuk ketawa,,ada masa kiter perlu menangis agar kita


tahu betapa bernilainya setitis air mata,,ada masa kita perlu


seorang teman agar kiter tak kesunyian,,dan ada masa


kesunyian tak kan buat kita lupa betapa bernilainya seorang


teman....


Friday, August 1, 2008

Asslamualaikum..w.b.t...Salam taaruf buat smua=)


Bila kau memandang segalanya
Dari TuhanMu yang menciptakan segalaNya
Yang menimpakan ujian
Yang menjadikan sakit hatimu
Yang membuatkan keinginanmu terhalang
Serta menyusahkan hidupmu
Pasti akan damailah hatimu
Kerana masakan ALLAH sengaja
Mentakdirkan segalaNya untuk sesuatu yang sia-sia
Bukan ALLAH tidak tahu betapa deritanya hidupmu
Retaknya hatimu..
Tapi itu mungkin itulah yang
Dia tahu hati yang sebeginilah
Selalunya lebih lunak
Dan mudah akrab dan dekat denganNya...

Saturday, July 26, 2008

HaTiKu MiLiKmU Ya RaBbi..

PuAs SudAh Ku CAri KeBahGIaaN..
DiSiSi TeMaN-TemAN..
ku DaPat HanYA kELalaiAn..

kU cAri LAgI Di SiSi KeKaSiH..
Ku DapAt HaNya kEkEcEwaAN...
DaN kU tEruS MenCaRi..
DaLAM mEniTi HaRI..
PeNuH kekeSOnGaN..

Di mAna Lagi HaRuskU cArI..
MemBaWa SekePiNg HatI..
YaNg SaRaT keRIndUaN..
RiNdU YanG tIaDA hALUan..
AkU KeLirU seNDiRi..
Apa YaNg kUcaRI..
Apa YaNg KuPeRLuKAN..
AkU mAsiH tAk BiSA menGeRtI..

YanG paSTi ..
KeKOsONgAn HaTI Ini MiNTA DiisI..

SeJEnaK kU teRSeDaR..
AkU mEnCAri YanG AguNG..
BUat JiWAkU yaNg MERiNdUkaN..
hAkiKat KebEnaRAn..
CaHAya YANg MeMbElaH kEGeLApAn..
MeLiMPAh CemERlaNG mEnGiSi kekoSOngAN..

kU sEDAr..
DeSTInASi PeNcarIanKu dIsiNi..
Ku MenCarImU TuHaN..
meNGhaRap KeReDhAan..
MeNAgIh KeBaHGiAaN..
DaRI sInaR cAhAyA iMaN...

Thursday, July 24, 2008

kEmaNiSaN DuNia...

Nabi s.a.w menyifatkan tarikan wanita merupakan salah satu dari kemanisaan dunia yang amat berbahaya, yang telah menghancurkan umat-umat terdahulu. Sabda baginda s.a.w ;
"sesungguhnya fitnah yang pertama2 menimpa kaum bani israel ialah berpunca daripada kaum wanita."
Tarikan dan godaan kaum wanita boleh meruntuhkan keimanan dan boleh memusnahkan kesejahteraan. Wanita yang menjadi sumber fitnah itu adalah wanita yang tidak menjaga maruah mereka,, ke sana ke mari dengan gaya tabarruj(bersolek) secara jahiliah, sehingga membangkitkan syahwat lelaki yang melihatnya. Wanita sebegini disenaraikan oleh Rasulullah s.a.w sebagai penghuni neraka sebagaimana sabda baginda s.a.w ;
"ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum pernah lagi aku melihat mereka. pertama: golongan(penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Keedua: perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang,, berlenggang lenggok waktu berjalan,,menghayun-hayunkan bahu. kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol unta yang senget. kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh"

kebenaran sabda Rassulullah s.a.w ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat pada hari ini. ramai perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. maksudnya kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badannya, dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walaupun berpakaian hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. ataupun ia berpakaian sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk badannya. kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan sehingga membuat hati lelakiyang melihatnya bergoncang....

wahai muslimah..janganlah kita menjadi seperti mereka ini....semoga Allah sentiasa memberi kita hidayah dan petunjukNya agar kita tidak tergolong dalam golongan ini...

Tuesday, July 22, 2008

My LoVeLY MoTHer!!!

rIndU kAmU(*-*)



Best friends forever....

cepat-cepat la balik kampung...

windu nie!!!!!!!!!!!!!

zaf&sue(^-^)

keja rajin2 tau..hehehehe

Monday, July 21, 2008

pErpisaHan tErAkHiR...khas buat kau yang bergelar "wo"

tanggal 16 April 2007..tarikh keramat dalam hidupku..selama 1minggu akumenjaganya dengan harapan dia sembuh seperti sedia kala,,tapi Allah lebih menyayanginya..kau tetap pergi untuk selamanya..aku kehilangan seorang insan yang sangat aku sayang.Kehadirannya aku anggap sebagai sebahagian daripada kebahagiaan aku..saat dia berada disisiku,,tidak pernah aku menghargainya..apabila dia sudah tiada,,setiap saat aku merindui dirinya..wo..andai tika ini kau masih ada,ingin sekali aku dengar nasihat-nasihat yang selalunya kau beri sebagai kata semangat untuk aku terus belajar bersungguh-sungguh.walaupun kau tidak berada di sini,,tapi aku pasti kau dapat melihat aku dari "atas" sana..wo..manja sangat-sangat merindui wo..tiada siapa yang dapat gantikan tempat wo disisi manja..kerinduan ini hanya bisa terubat dengan melihat sekeping gambar yang kaku...manja tak dapat lupakan saat di mana orang yang selama ini manja sayang hanya tinggal jasad yang kaku tidak bermaya.andai dapat diundurkan masa,,manja ingin ambil beberapa ketika untuk bagitau wo yang manja selama nie sangat-sangat sayangkan wo...walaupun tak dapat diluahkan dengan perkataan,,tapi manja harap wo dapat memahaminya...semoga roh wo tenang di atas sana..manja doakan supaya wo ditempatkan ditempat orang-orang yang beriman dan beramal soleh...aminn.....al-fatehah...

renung-renungkan

"bertolong-tolonganlah kamu membuat kebaikan dan janganlah kamu bertolong-tolongan membuat kejahatan"

banyak ilmu yg aku dpt hr nie dan insyaallah aku aku praktikkannya..
syukran Ya Allah kerana aku antara insan terpilih itu..

my daisypath

Daisypath Vacation Ticker

Al Quran..cahaya hati