Monday, February 23, 2009

cerita sy




ahlan wasahlan...





hr nie aku sgt2 gembira..
coz aku belajar byk benda..
aku pling suka masuk kelas prs(pem.rakan sebaya)
memg cool btul lec yg ajoo aku tue
dan ap yg sgt2 best
aku ska aktiviti2 yg dia jalankan sepnjg kelas tue nerlangsung..
hehehee
so no wonder la aku sgt2 aktif bla tiba kelas prs..
=)
dan moood aku sgt2 bek hr nie
TQ ALLAH

1 comment:

Afiq said...

salam...

Bayangkan , anda seorang diri sedang memandu kereta . Dalam perjalanan pulang dari pejabat ke rumah anda.

Ketika anda memandu, tiba-tiba lampu ‘indicator’ anda menyala. Apakah yang anda akan lakukan ketika itu?. Adakah anda terus memandu kereta anda atau adakah anda memberhentikan kereta anda, atau anda tidak mengambil kisah dan membuat keputusan untuk mencari sebab atau punca yang menyebabkan ‘indicator’ tersebut menyala?

Saya yakin, perkara pertama yang anda akan lakukan ialah berusaha mencari penyebab kepada mengapa indicator tersebut menyala. Misalnya jika ‘indicator’ fuel yang menyala, ini bererti minyak petrol kereta anda semakin berkurang, dan tangki minyak anda perlu diisi.

Sekiranya yang menyala adalah indicator ‘washer’, ini bererti air engin kereta anda sudah berkurang dan perlu diisi. Sebenarnya indicator tersebut merupakan satu sistem amaran yang dibina di kereta anda untuk memberitahu kepada pemandu apa yang diperlukan oleh kereta. Indicator tersebut memberitahu sesuatu perlu dilakukan supaya kereta tersebut tidak meragam atau bermasalah.

Kita boleh mengandaikan indicator tersebut sebagai salah satu komunikasi yang memberitahu kereta tersebut memerlukan sesuatu yang perlu anda lakukan. Sekiranya keperluan itu tidak dipenuhi, samada cepat atau lambat, kereta tersebut akan bermasalah, dan jika anda masih mengabaikan, pesan yang disampaikan oleh ‘indicator’ tersebut, maka kereta anda akan rosak dan tidak lagi boleh digunakan.

Contoh lainnya pula , bayi yang masih lagi belum boleh bercakap , apabila bayi tersebut lapar , bayi tersebut akan menangis. Begitu juga jika bayi tersebut sakit, beliau juga akan menangis.Apabila berlaku juga sesuatu yang tidak menyenangkan bayi juga tersebut akan menangis.

Begitu juga dengan emosi. Apabila kita memenuhi setiap keperluan yang di minta oleh diri kita melalui pesan yang disampaikan oleh emosi kita , maka hidup kita akan gembira .
Saya yakin anda dapat memahami kaitan diantara indikator kereta dan emosi.Setiap kali emosi atau perasaan muncul, samada positif atau negatif , kita akan mendapat pesanan yang sangat spesifik yang datang daripada minda separa sedar. Apabila kita merasa bahagia dan gembira ini bererti keperluan kita telah dapat dipenuhi. Tetapi jika kita berasa sedih dan tidak gembira, bahawa keperluan yang diri kita inginkan tidak dipenuhi,

Sebenarnya semua emosi yang ada di dalam diri kita membawa kebaikan dan manfaat dalam kehidupan kita.Emosi yang tidak baik adalah emosi yang ditafsirkan secara tidak tepat oleh mental kita , kerana kita belum memahami makna atau perasaan yang ingin disampaikan oleh emosi tersebut. Sekiranya terdapat emosi positif atau negatif dan sekiranya terdapat emosi neutral sekalipun, semua itu adalah hasil kerja minda.

Jika kita tahu bagaimana untuk menguruskan emosi , kita akan mendapati perasaan atau emosi ini mengajar kita cara-cara untuk mengurangkan ketegangan atau kecemasan yang ada dalam hidup kita . Dengan memahami setiap makna yang ingin disampaikan melalui emosi kita, maka kita dapat mengarahkan hidup kita kearah yang lebih positif.

Sebenarnya perasaan atau emosi adalah berasal dari minda separa sedar. Bagaimana emosi itu wujud? Sebenarnya setiap kejadian yang kita alami adalah bersifat neutral. Kejadian adalah rangsangan yang berasal dari luar diri kita dan diterima melalui pancaindera seterusnya masuk ke minda dan kemudian ditafsirkan...

Antara cara mengawal emosi agar sentiasa ‘tenang dan bahagia’, selalu katakan bahawa “hanya kepadaMu ya Allah tempatku mengadu, meminta, bersyukur dan berserah, kerana hanya engkau yang maha pemurah, pengasih, penyayang lagi maha mengetahui”.
Yakinlah bahawa “apa pun yg berlaku syukur ya Allah, akan datang sesuatu yang lebih baik bagi diriku”, didik hati kecil utk menjauhi 3 perkara; ‘kikir, riak dan ujub’.

semoga saudari gembira selalu dah dirahmati oleh Allah...
Insya-Allah..

renung-renungkan

"bertolong-tolonganlah kamu membuat kebaikan dan janganlah kamu bertolong-tolongan membuat kejahatan"

banyak ilmu yg aku dpt hr nie dan insyaallah aku aku praktikkannya..
syukran Ya Allah kerana aku antara insan terpilih itu..

my daisypath

Daisypath Vacation Ticker

Al Quran..cahaya hati